Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ti.dot] | انتيدوت

Definisi : 1. ubat penawar; 2. sesuatu (usaha, tin­da­kan, dll) yg mengubah atau mengatasi sesuatu situasi yg kurang baik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antidot


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antidoteantidotKimiaForensikSebarang bahan atau kaedah yang menghalang atau melawan kesan racun yang termasuk ke dalam badan. Terdapat beberapa jenis antidot, misalnya antidot kimia, antidot arsenik, antidot mekanikal, antidot fisiologi dan antidot universal. Contohnya, asid sederhana kuat atau alkali (kecuali natrium hidrogen karbonat) bertindak sebagai antidot dengan memberikan kesan peneutralan terhadap bahan korosif yang teringes; air garam suam atau susu boleh diberikan untuk menyebabkan muntah, manakala arang teraktif dalam air adalah berkesan untuk melindungi kerongkong dan lapisan perut dalam kes racun bukan korosif.
antidoteantidotFarmasiFarmakologiBahan yang digunakan untuk mengatasi atau menawar sesuatu keracunan. Sesetengah keracunan mempunyai antidot. Contohnya, N-asetilsisteina ialah antidot untuk keracunan parasetamol. Walau bagaimanapun, terdapat juga sesetengah keracunan yang tidak mempunyai antidot. Contohnya, keracunan akonitina.
chemical antidoteantidot kimiaKimiaTiadaTiada
antidote treatmentrawatan antidotPerubatanTiadaPengubatan yang boleh menghapuskan kesan ubat atau racun yang digunakan sebelumnya.
theriacapenawarFarmasiTiada1. Antidot terhadap racun. 2. Suatu ubat untuk semua penyakit.
hyposulphitehiposulfitPerubatanTiada1. Kalium tiosulfat, sebatian Na2S203.5H2O, hablur tak berwarna yang digunakan sebagai antidot secara intravena, atau di dalam larutan untuk merendam kaki untuk mencegah jangkitan kurap di kolam renang.
dimercaproldimerkaprolKimiaTiada1. Cecair tak berwarna, dengan bau yang tidak menyenangkan, larut dalam air, alkohol dan metanol, digunakan sebagai antidot keracunan logam berat. 2. Nama umum untuk 2,3-dimerkaptopropanol.
dimercaproldimerkaprol; DimercaprolPerubatanTiada1. Cecair tak berwarna, dengan bau yang tidak menyenangkan, larut dalam air, alkohol dan metanol, digunakan sebagai antidot keracunan logam berat. 2. Nama umum untuk 2,3-dimerkaptopropanol.
Rauwolfia serpentinaRauwolfia serpentinaKimiaForensikTumbuhan renek yang berasal dari India atau Sumatera. Akarnya mengandungi banyak alkaloid indola, misalnya reserpina, reserpinina, ajmalina, yohimbina, serpentina, dan serpentinina. Bahan ini pernah digunakan sebagai antidot terhadap gigitan serangga, mengurangkan demam, perangsang pengecutan uterus, insomnia, untuk rawatan ketaksiuman dan skizofrenia serta sebagai sum-berubat yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi. Menjelang tahun 1960-an, bahan ini tidak lagi digunakan untuk merawat ketaksiuman dan skizofrenia. Kesan sampingan bahan ini termasuk gejala seperti parkinsonisme, glaukoma, ketakseragaman ritma jantung, serta pendarahan perut dan usus. Sinonim ajmalina.
overdosedos berlebihanPerubatanTiadaDos ubat yang diambil secara berlebihan sama ada sengaja atau tidak. Kesannya bergantung kepada jenis ubat. Dos yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kematian. Secara umum, keadaan ini boleh dirawat dengan mengeluarkan ubat berkenaan yang masih terdapat dalam gaster, memberi antidot yang sesuai dan rawatan sokongan.
12

Kembali ke atas