blood group antigen | antigen kumpulan darah | Sains Forensik | Tiada | Antigen pada permukaan sel darah merah yang digunakan untuk pengelasan jenis darah seperti antigen A dan antigen B. Individu yang mempunyai kumpulan darah A mempunyai antigen A pada permukaan sel darah, kumpulan darah B mempunyai antigen B, kumpulan darah AB mempunyai kedua-dua antigen A dan B sementara kumpulan darah O tidak mempunyai antigen A atau B. Ahli serologi forensik akan menggunakan antiserum A dan antiserum B untuk menentukan jenis kumpulan darah khususnya apabila lebih dari satu jenis darah disyaki di tempat kejadian. |
HLA | HLA | Sains Forensik | Tiada | Singkatan bagi human leukoscyte antigen dan human lymphocyte antigen. Lihat antigen limfosit manusia, antigen leukosit manusia. |
fluorescent antigen | antigen berpendarfluor | Sains Forensik | Tiada | Antigen yang telah dilabelkan dengan pewarna berpendarfluor. Antigen berpendarfluor digunakan untuk mengesan kehadiran antibodi yang khusus terhadap antigen ini. |
histocompatibility antigen | antigen kehistoserasian | Bioteknologi | Tiada | Antigen yang memulakan gerak balas keimunan dan menyebabkan penolakan cantuman oleh perumah. Antigen ini merupakan glikoprotein yang terdapat di dalam membran sel limfosit dan makrofaj. Pada manusia, antigen yang memberikan gerak balas yang paling kuat ialah sistem HLA. |
antigen excess | lebihan antigen | Sains Forensik | Tiada | Nisbah antigen yang tinggi berbanding antibodi dalam campuran antigen-antibodi yang mengakibatkan kompleks antigen-antibodi terlarut. Semasa pengujian serologi forensik, lebihan antigen boleh mengakibatkan mendakan tidak kelihatan dan boleh membawa kepada ujian negatif palsu. |
prostate-specific antigen | antigen prostat spesifik | Sains Forensik | Tiada | Rembesan yang dihasilkan oleh kelenjar prostat ke dalam semen. Ahli serologi forensik menggunakan kit ujian antibodi-antigen khas untuk menguji antigen prostat spesifik (PSA) bagi mengesahkan kehadiran semen. Sinonim p30. |
cross-reacting antigen | antigen tidak balas silang | Sains Forensik | Tiada | Antigen yang boleh bertindak balas dengan antibodi yang penghasilannya diaruh oleh antigen lain. Dalam ujian toksikologi forensik dengan imunoasai, pseudoefedrina boleh bertindak balas terhadap antibodi yang dirangsangkan oleh metamfetamina dan tindak balas silang seperti ini boleh membawa kepada positif palsu. |
antigen drift | hanyutan antigen | Bioteknologi | Tiada | Perubahan secara perlahan-lahan jenis antigen yang terhasil daripada organisma atau virus yang infektif. Perubahan ini mengakibatkan generasi yang berikutnya atau klon daripada pelbagai sumber menunjukkan variasi gen yang mengekodkan antigen dan struktur antigen yang terbentuk. |
antigen | antigen | Sains Forensik | Tiada | Bahan, iaitu makromolekul asing yang mampu mencetuskan gerak balas badan untuk menghasilkan antibodi. Kemampuan antigen untuk merangsang penghasilan antibodi adalah sangat berguna dalam analisis forensik. Contohnya, pengesanan antibodi terhadap suatu molekul seperti toksin botulinum, membuktikan bahawa seseorang mangsa pernah didedahkan kepada antigen tersebut. |
kahn antigen | antigen kahn | Biologi | Mikrobiologi | Antigen tidak khusus yang digunakan untuk mengesan sifilis. |