Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.tik] | انتيک

Definisi : 1. berasal dr zaman dahulu atau lampau sbg perbandingan dgn zaman moden: kedai itu menjual barang-barang ~; 2. = barang-barang ~ barang-barang spt perabot atau hasil seni lain yg dihasilkan dlm zaman lampau yg dikumpul dan dinilai kerana kecantikannya (mutu hasil kerjanya dan umurnya): peng­gemar ~; keantikan sifat antik: ~ perabot itu dapat dikesan drpd reka bentuknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.tik] | انتيک

Definisi : 1 berasal dr zaman dahulu atau zaman lampau sbg perbandingan dgn zaman moden (ttg barang-barang dsb): barang-barang ~. 2 = barang(-barang) ~ barang-barang spt perabot, pinggan mangkuk atau hasil seni lain yg dihasilkan pd zaman lampau dan tinggi nilainya kerana kecantikannya, mutu hasil kerjanya, umurnya dsb: penggemar ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antiqueantikKesenianHiasan DalamanBarang-barang seperti perabot, pinggan mangkuk atau hasil seni lain yang bernilai tinggi kerana kecantikan, mutu hasil kerja dan usianya yang melebihi 100 tahun. Bilangannya juga sangat sedikit serta sukar dijumpai.
antique bindingjilidan antikKomunikasiTiadaTiada
antique bindingjilidan antikPerpustakaanTiadaTiada
flea marketpasar karatPentadbiran PerniagaanTiadaTempat menjual barangan terpakai atau barang-barang antik dengan harga yang murah.
antiquingmengantikkanKesenianHiasan DalamanProses untuk menjadikan sesuatu barangan baharu supaya kelihatan agak antik. Proses tersebut dilakukan dengan kaedah memukul perlahan-lahan, menggosok atau 'merosakkan' barangan serta menggunakan rawatan asid.
archaismarkaismeKesusasteraanTiadaPenggunaan perkataan, frasa atau ayat yang dianggap kuno, purba, usang atau antik kerana telah lama tidak digunakan. Perubahan masa menyebabkan banyak perkataan yang pernah digunakan pada zaman silam dianggap lupus dan kuno. Ada kalanya, bahasa arkaik agak sukar difahami maksudnya, dan memerlukan penelitian yang lebih terperinci. Umumnya, bahasa arkaik banyak ditemui dalam puisi. Dalam kesusasteraan Inggeris, perkataan seperti �thye�, �thee�, atau �morn� merupakan perkataan arkaik. Arkaisme mempunyai peranan tertentu, antaranya dapat meninggalkan kesan penggunaan bahasa yang berbeza daripada bahasa biasa, serta dapat menimbulkan suasana budaya masa lampau kepada pembaca masa kini. Dalam tradisi Melayu, bahasa arkaik banyak ditemui dalam teks Melayu lama, khususnya dalam mantera Melayu.
fumed oakoak asapanKesenianHiasan DalamanKayu oak yang telah didedahkan kepada bahan asap ammonia. Tujuannya untuk menghasilkan permukaan oak yang kelihatan antik.
patinapatinaKesenianHiasan DalamanKesan proses pengoksidaan tembaga dan aloi yang menyebabkan tembaga tersebut menjadi kehijau-hijauan atau keperang-perangan. Patina boleh dikaitkan dengan corak perabot yang berkilau, hasil daripada penuaan dan pengilatan yang kerap. Patina merupakan salah satu ciri yang melambangkan pemeliharaan dan pemuliharaan perabot berkonsep antik.
valued policypolisi ternilaiinsuransTiadaPolisi yang perjanjian dibuat terlebih dahulu oleh insurer untuk membayar sejumlah wang tuntutan kepada insured atau pihak yang diinsuranskan setelah berlaku sesuatu kerugian dan amaun ini tercatat dalam polisi. Tujuannya ialah supaya tidak perlu ditentukan nilai tunai sebenar harta tersebut apabila berlaku kerugian menyeluruh. Biasanya digunakan untuk harta yang berharga seperti lukisan seni, barang antik, dan pakaian daripada bulu binatang.

Kembali ke atas