antivirus software | perisian antivirus | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian yang digunakan untuk mengesan dan menghapuskan virus yang terdapat dalam komputer. Contohnya, perisian Kaspersky, Norton AntiVirus dan McAfee. |
antiviral | antivirus | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang menghalang, memusnahkan atau menyekat pertumbuhan virus. Contohnya, ekstrak rizom kunyit (Curcuma longa) yang bersifat antivirus. |
superbug | superpepijat | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus atau kod hasad yang tidak boleh dikesan atau dibuang oleh perisian antivirus. Walaupun superpepijat velum pernah wujud, namun superpepijat dijangka akan mempunyai ciri polimorfisme tandatangan yang kompleks untuk mengaburi imbasan dari perisian antivirus dan juga kaedah merebak dan arahan pemusnah yang berbeza atau sentiasa berubah. Ciri ini boleh menyebabkan vaksin yang dikeluarkan untuk superpepijat hanya berguna untuk jangka masa yang singkat sahaja, iaitu sehingga superpepijat tersebut berubah bentuknya sekali lagi. |
antiviral | antivirus | Herba | Fitoterapi | Bahan yang digunakan untuk mengubati jangkitan virus dengan merencatkan pembiakan virus tersebut. |
self-garbling virus | virus swaherot | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang tersembunyi daripada perisian antivirus dengan mengherotkan susunan atur caranya supaya berlainan dengan tandatangan virus yang digunakan untuk mengecami virus berkenaan. Virus ini mempunyai atur cara khas yang mengandungi algoritma penyusunan bit untuk proses herotan. Algoritma penyusunan bit ini juga akan digunakan untuk mengembalikan virus ke bentuk asal sebelum proses jangkitan. |
polymorphic virus | virus polimorfik | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang boleh bertukar bentuk, sifat dan kandungan untuk melepasi pengesahan antivirus. |
bioactive | bioaktif | Herba | Pemiawaian | Sifat yang memberikan kesan biologi terhadap tisu atau organisma hidup. Contoh sifat bioaktif ialah antiradang, antivirus dan antikanser |
encrypted virus | virus tersulit | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus komputer yang kodnya disulitkan oleh pencipta virus. Virus jenis ini akan merumitkan pengesanan oleh perisian antivirus dan sistem pengesan pencerobohan kerana pola yang sering berubah serta sukar diramal. |
stealth virus | virus selinap | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang menghapuskan semua rekod aktivitinya daripada log audit komputer. Virus ini biasanya akan tersembunyi daripada perisian antivirus tanpa mengubah saiz asal fail yang dijangkiti. Selain mengubah kandungan fail, virus ini boleh juga mengubah penunjuk atur cara fail yang dijangkiti untuk menunjukkan lokasi fail virus sebenar. |
zoo virus | virus zoo | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang hanya wujud dalam makmal penyelidikan atur cara virus yang digunakan sebagai bahan pengujian dalam proses pembangunan perisian antivirus. Virus ini dianggap tidak berbahaya selagi tidak disebarkan keluar dari makmal penyelidikan tersebut. |