articulation | artikulasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses melahirkan idea, pendapat, cadangan dan sebagainya dalam sebuah masyarakat. Dalam sistem demokrasi, penyuaraan ini tidak disekat malah digalakkan untuk menjelaskan sesuatu ideologi, fahaman dan budaya. Daripada penyuaraan, inilah akan lahir tuntutan, kepentingan kelas tertentu dan penonjolan sesuatu aliran pemikiran yang dilaksanakan untuk mendapatkan perhatian kerajaan. Artikulasi pada mulanya merupakan tindakan kelas atasan yang menguasai faktor pengeluaran untuk mendominasi kelas bawahan bukan sahaja melalui kawalan undang-undang, tetapi juga kawalan nilai dan prinsip-prinsip kehidupan yang diamalkan oleh kelas tersebut. Melalui proses ini, kelas atasan dapat menguasai kelas bawahan secara fizikal dan intelektual. Konsep ini mula dikembangkan oleh Antonio Gramsei (1891-1937) dalam kajian beliau berhubung dengan proses artikulasi pemikiran kapitalis. Sinonim penyuaraan. |