Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.traks] | انترک‌س

Definisi : (Ubat) penyakit berjangkit akibat bakteria Bacillus anthracis yg lazimnya menyerang haiwan ternakan yg seterusnya boleh menjangkitkan bakteria tersebut kpd manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.traks] | انترک‌س

Definisi : ist penyakit berjangkit yg disebabkan oleh bakteria Bacillus anthracis, yg biasanya menyerang haiwan ternakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antraks


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anthraxantraksFizikNanoteknologiSejenis penyakit yang amat mudah berjangkit kepada haiwan dan juga manusia. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis bakteria (Bacillus anthracis) yang berasal daripada haiwan seperti biri-biri, kuda, anjing, lembu, dan kambing. Penyakit ini biasanya dapat menyebabkan kematian. Bakteria tersebut menghasilkan bahan toksik yang membunuh sel dan menyebabkan cecair berkumpul di dalam tisu tubuh. Kuman penyakit ini dijadikan sebagai senjata biologi.
biotoxinsbiotoksinFizikNanoteknologiBahan bertoksik yang dihasilkan oleh sel hidup atau organisma. Bahan ini terdiri daripada protein yang dapat menyebabkan jangkitan penyakit, apabila bersentuh atau terserap oleh tisu badan melalui tindak balas makromolekul biologi seperti enzim atau reseptor sel. Kesan toksik tersebut dapat membawa maut. Contoh biotoksin ialah antraks.

Kembali ke atas