capital annuity | anuiti modal | insurans | Tiada | Gabungan anuiti tetap dan anuiti tertunda. Anuiti tertunda mulai dibayar selepas anuiti tetap tamat sehingga anuitan meninggal dunia. |
variable annuity | anuiti boleh ubah | insurans | Tiada | Anuiti yang bayarannya boleh berubah mengikut prestasi portfolio pelaburan. Anuiti ini berbeza dengan anuiti konvensional yang menawarkan bayaran tetap berdasarkan pulangan tetap pelaburan. |
installment annuity | anuiti ansuran | insurans | Tiada | Anuiti yang memperuntukkan bahawa jika pemegang anuiti mati sebelum menerima jumlah bayaran yang sama dengan jumlah premium yang telah dibayar, maka pembayaran anuiti akan diteruskan kepada warisnya sehingga insurer telah membayar jumlah amaun bersamaan dengan premium tersebut. |
installment annuity | anuiti ansuran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Anuiti yang memperuntukkan bahawa jika pemegang anuiti mati sebelum menerima jumlah bayaran yang sama dengan jumlah premium yang telah dibayar, maka pembayaran anuiti akan diteruskan kepada warisnya sehinggalah insurer telah membayar jumlah amaun bersamaan dengan premium tersebut. |
joint and survivor annuity | anuiti bersama dan pemandiri | insurans | Tiada | Anuiti yang memberi pembayaran kepada sekurang-kurangnya dua pemegang anuiti, dan pembayaran ini akan berterusan selagi salah seorang pemegang anuiti masih hidup. |
retirement annuity | anuiti persaraan | insurans | Tiada | Anuiti tertunda yang memberikan faedah anuiti kepada pesara dan jika berlaku kematian, pembayaran akan dibuat kepada warisnya. |
annuity | anuiti | Ekonomi | Tiada | Sejumlah wang yang diterima atau dibayar kepada seseorang oleh badan tertentu, seperti syarikat insurans, setiap tahun bagi satu jangka masa yang ditetapkan. Bayaran ini dibuat sekali atau beberapa kali setahun. Anuiti merupakan pulangan pada premium insurans yang dibayar dahulu. Misalnya, anuiti hayat dan anuiti tertunda. |
cash refund annuity | anuiti bayar balik tunai | insurans | Tiada | Anuiti yang jika anuitan mati sebelum menerima jumlah bayaran anuiti yang bersamaan dengan premium yang telah dibayar, maka warisnya akan menerima sebarang perbezaan tersebut dalam bentuk tunai semasa kematian anuitan. |
life annuity | anuiti hayat | Ekonomi | Tiada | Anuiti yang dibayar kepada pewaris sepanjang masa hidupnya. Pembayaran tersebut akan terhenti apabila pewaris itu meninggal dunia. |
annuity due | anuiti awalan | insurans | Tiada | Anuiti yang bayarannya dibuat pada awal setiap tempoh tertentu. |