Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pa.ti] | اڤاتي

Definisi : sikap tidak menaruh minat atau sikap tidak endah terhadap sesuatu yg wajar diberi perhatian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apati


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
apathyapatiSains PolitikPolitik PerbandinganSikap individu yang langsung tidak mempunyai emosi dan motivasi terhadap sesuatu perkara. Misalnya seseorang yang tidak langsung menghiraukan perkembangan politik negaranya. Hal ini berlaku kerana beberapa faktor antaranya ialah status sosial individu tersebut yang tidak mempunyai kepentingan dan sikap tidak peduli dengan perkembangan politik. Contohnya, terdapat golongan miskin yang bersikap apati politik kerana perkembangan politik tidak membawa sebarang perubahan kepada status mereka.
parochialparokialSains PolitikPolitik PerbandinganSifat budaya politik yang lemah atau tidak matang. Budaya politik ini menggambarkan persaingan dan penyertaan yang rendah dalam masyarakat. Anggota masyarakat bersifat pasif, tidak berminat dan tidak mengambil tahu tentang perkembangan politik negaranya. Mereka lebih banyak menumpukan perhatian kepada kehidupan seharian dan bersifat apati dengan politik masyarakatnya. Mereka tidak mengharapkan sesuatu output daripada kerajaan dan tidak juga memberi sebarang input bagi mempengaruhi kerajaan. Masyarakat ini biasanya mempunyai taraf pendidikan, ekonomi dan kualiti hidup yang rendah. Kebanyakan negara di Afrika masih memiliki budaya politik yang parokial. Sinonim pemikiran sempit.

Kembali ke atas