Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pi] | اڤي

Definisi : 1 panas dan cahaya yg terjadi apabila sesuatu terbakar; nyala: ~ pelita. 2 panas yg kelihatan berwarna merah tetapi tidak bernyala: ~ rokok. 3 tenaga elektrik; karan elektrik: Rumahnya sudah siap tetapi air dan ~ belum disambungkan lagi. 4 ki perasaan marah, rindu, sayang dsb yg menjadi-jadi; semangat dsb yg meluap-luap: ~ perjuangan; ~ cinta. berapi ada apinya; mengeluarkan api: gunung ~. berapi-api 1 berkobar-kobar; bersemangat: Ucapannya yg ~ itu menaikkan semangat sekalian yg hadir. 2 marah sekali. mengapi-apikan menaikkan semangat; mengobar-ngobarkan: Mereka ~ rakyat negeri itu supaya memberontak. perapian tempat api; keran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.pi] | اڤي

Definisi : ; api-api nama sj serangga perosak tanaman yg badannya berwarna kuning kemerah-merahan, Aspidomorpha miliaris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.pi] | اڤي

Definisi : ; api-api beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yg tumbuh pd pohon-pohon lain, Avecennia spp.; Viscum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata api

Puisi
 

Api-api pangkalan tarap,
     Pucuk meluncur dari Labuan;
Laki-laki jangan diharap,
     Bijak memujuk si perempuan.


Lihat selanjutnya...(122)
Peribahasa

Api nan tak kunjung padam.

Bermaksud :

Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tin can APIAPI bekas tinTeknologi Maklumate-PembelajaranNama API yang dibangunkan oleh sebuah syarikat persendirian Advanced Distributed Learning (ADL) untuk mengakses perisian aplikasi berasaskan web khususnya e-pembelajaran. Kemudiannya, API Bekas Tin dijadikan piawaian dan dijenamakan sebagai API pengalaman (xAPI). Lihat juga API Pengalaman (xAPI).
fuel tanktangki bahan apiKejuruteraan AutomotifEnjinBekas simpanan bahan api yang diperbuat daripada logam, plastik atau bahan komposit dalam kenderaan. Tangki ini disambungkan ke talian bahan api melalui penapis untuk membekalkan bahan api ke sistem bahan api. Tangki ini juga dilengkapi dengan dua sistem, iaitu sistem pengisian yang membolehkan bahan api diisi semula dan udara dikeluarkan, dan sistem pengukur aras bahan api.
fuel railrel bahan apiKejuruteraan AutomotifEnjinPembuluh dalam sistem bahan api yang mengagihkan bahan api kepada penyuntik dalam sistem suntikan bahan api.
blended fuelbahan api campuranKejuruteraan AutomotifEnjinBahan api yang dihasilkan daripada campuran dua bahan api berlainan sumber. Contohnya, bahan api biodiesel yang merupakan campuran bahan api diesel daripada sumber petroleum dengan minyak sayuran seperti kelapa sawit pada nisbah tertentu.
fuel systemsistem bahan apiKejuruteraan AutomotifEnjinSistem yang menghantar bahan api dan udara dalam kuantiti tertentu ke dalam kebuk pembakaran. Sistem ini merangkumi tangki dan talian bahan api, tolok pengukur, pam bahan api. sistem suntikan bahan api atau karburetor, dan rel bahan atau pancarongga pengambilan.
vapour locksekat wapKejuruteraan AutomotifEnjinKeadaan dalam sistem bahan api yang menyebabkan bahan api cecair bertukar menjadi wap dan menghasilkan buih. Keadaan ini menyebabkan penghantaran bahan api ke karburetor atau penyuntik bahan api terhalang atau terhenti sepenuhnya. Proses pemeluwapan ini berlaku akibat kenaikan suhu atau penurunan tekanan dalam talian bahan api. Lihat juga talian balikan wap.
fuel filterpenuras bahan apiKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti yang terletak dalam talian bahan api bertujuan menapis bahan api daripada sebarang kotoran dan benda asing sebelum memasuki karburetor atau sistem penyuntik. Bahan peranti ini diperbuat daripada bahan berliang seperti kertas dan seramik. Komponen ini perlu diganti dalam jangka masa tertentu mengikut jadual penyelenggaraan bagi mengelakkan gangguan bekalan bahan api dari tangki simpanan ke enjin.
spark ignitionpencucuhan bunga apiKejuruteraan AutomotifEnjinProses pencucuhan bahan api untuk memulakan pembakaran campuran udara-bahan api termampat semasa lejang mampatan yang dimulakan oleh bunga api dari palam pencucuh. Proses ini merupakan kaedah pencucuhan yang biasa digunakan dalam enjin gasolin. Singkatan SI.
multiport fuel injectionsuntikan bahan api multiliangKejuruteraan AutomotifEnjinSistem suntikan bahan api untuk enjin gasolin berbilang silinder yang dilengkapi penyuntik bahan api dan dipasang pada setiap liang pengambilan. Penyuntik ini akan menyemburkan bahan api supaya masuk ke dalam aliran udara pengambilan dan bercampur dengannya sebelum campuran ini masuk ke dalam kebuk pembakaran melalui injap pengambilan. Penyuntikan sedemikian menghasilkan campuran udara-bahan api yang lebih seimbang dan merupakan penambahbaikan sistem suntikan titik tunggal.
fuel filler neck supportpenahan isian bahan apiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPengekang saluran masuk bahan api ke tangki bahan api.
12345678910...

Kembali ke atas