imperative planning | perancangan imperatif | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Bentuk perancangan yang bersifat memerintah dan melibatkan arahan-arahan tertentu. |
compensation | pampasan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Bayaran yang dibuat kepada pemilik tanah atau bangunan akibat kerugian yang ditanggung oleh pemilik kerana pengambilan atau akur kepada arahan-arahan pihak berkuasa. |
stage direction | arahan pentas | Kesusasteraan | Tiada | Penerangan dalam skrip tentang sebarang tingkah laku, pergerakan fizikal, perubahan set, visual dan audio dalam drama. Arahan pentas ditulis dengan huruf condong dalam skrip. |
computerized physician order entry (CPOE) | kemasukan arahan pakar perubatan berkomputer (CPOE) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem yang membenarkan pemasukan arahan perubatan oleh pakar perubatan secara elektronik. Sistem ini digunakan seiring dengan sistem e-preskripsi yang akan menyampaikan maklumat kepada pakar perubatan mengenai alahan ubatan pesakit tertentu dan perubatan terkini. Kebanyakan produk rekod kesihatan elektronik (EHR) dilengkapi dengan modul CPOE ini yang membolehkan pakar perubatan mencapai data pesakit dan memberikan ulasan dalam menu yang disediakan. |
standard operating procedure | prosedur pengendalian piawai | Herba | Tiada | Prosedur bertulis berautoriti yang mengandungi arahan untuk menjalankan suatu operasi. Prosedur ini melaksanakan arahan yang tertulis dan merekodkan aktiviti yang telah dilaksanakan. Sinonim prosedur pengendalian standard. |
bill of exchange | bil pertukaran | Pentadbiran | Tiada | Arahan bertulis yang dikeluarkan oleh penyuruh bayar kepada pesuruh bayar untuk menjelaskan sejumlah wang kepada orang yang namanya dinyatakan dalam arahan bertulis tersebut dengan serta-merta atau dalam sesuau tempoh tertentu. |
development order | perintah pembangunan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan kepada pemilik harta tanah di bawah undang-undang bertulis untuk membuat pembangunan sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan tersebut. |
puppet regime | rejim boneka | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang memerintah berpandukan arahan pihak lain atau mengikut telunjuk kuasa luar yang sebenarnya menguasai kerajaan tersebut dari belakang tabir. Rejim ini memiliki imej yang boleh diterima orang ramai seperti terdiri daripada golongan tempatan, bumiputera, bersifat baik dan mempunyai keturunan pemerintah sebelum ini. Pemerintah ini diberi imbuhan atau kedudukan yang baik asalkan menurut arahan dan tidak boleh menjalankan sesuatu dasar atau melaksanakan sesuatu perintah yang bertentangan dengan kepentingan pihak luar tersebut. Hal ini bermakna, pemerintah boneka sebenarnya tidak bebas dan terpaksa mendengar arahan dan telunjuk kuasa luar. Rejim boneka ini diwujudkan untuk kepentingan golongan yang mempunyai kuasa tetapi tidak mahu kehadirannya disedari oleh orang ramai. Contohnya, kerajaan Pinochet di Chile pada tahun 1971 yang menjatuhkan Allende hasil daripada bantuan Amerika Syarikat. |
central command | arahan pusat | Sains Sukan | Biomekanik | Isyarat yang dihantar oleh korteks motor ke pusat motor rendah, iaitu bahagian batang otak dan saraf spina untuk melakukan pergerakan. |
product usage instruction | arahan kegunaan produk | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tatacara penggunaan produk yang mengandungi maklumat dos, kuantiti, kekerapan, tempoh dan cara penggunaan yang khusus. |