Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ra/] | ارق

Definisi : sj minuman yg mengandungi alkohol dan memabukkan, minuman keras; kaki ~ orang yg kuat minum arak; pengarakan tempat membuat arak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ra/] | ارق

Definisi : ; berarak, berarak-arakan 1. ber­jalan beramai-ramai dan beriring-iring: sete­lah itu ~lah mereka berkeliling negeri; 2. bergerak beriring-iring: awan sudah mulai ~ ke Timur; 3. datang (timbul) satu demi satu silih berganti (bkn pelbagai kenangan dsb): bermacam-macam kenangan yg ~ dlm ingatannya; ~ tidak berlari prb perbuatan bersama-sama yg menggirangkan hati tidak perlu diburu-burukan; elok arak di hari panas prb orang yg sukacita kalau beruntung, sebab maksud tercapai; mengarak 1. mengiringi seseorang atau sesuatu beramai-ramai, menghantar (mengusung) beramai-ramai: esoknya disediakan perarakan utk ~ jenazah Raden Menteri ke istana; ~ pengantin; 2. sl bergerak terdahulu (dlm iringan), mendahului: bintang Timur ~ siang; arakan, arak-arakan pawai;perarakan 1. iring-iringan yg mengarak sesuatu, pawai: ~ tidak dapat dibawa kerana hujan; 2. usungan (kereta dll) utk mengarak: Raden Inu pun menyambut isterinya naik ke atas ~; 3. kumpulan orang yg berarak: ~ itu diketuai oleh Yang Dipertua Negeri Melaka;~ haram perarakan yg diadakan tanpa kebenaran pihak yg berkuasa (spt polis dsb); ~ raksasa perarakan yg diadakan secara besar-besaran; pengarak 1. orang dll yg mengarak; 2. orang atau sesuatu yg mendahului seseorang atau sesuatu, pembuka jalan; angin ~ hujan angin yg mendahului hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ra/] | ارق

Definisi : sj minuman keras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.ra/] | ارق

Definisi : ; berarak 1 berjalan beramai-ramai dan beriring-iringan: Selepas mendengar ucapan drpd beberapa orang pensyarah, mereka ~ ke Masjid Negara. 2 bergerak beriring-iringan: Awan ~ ke arah utara. mengarak beramai-ramai mengiringi (membawa berjalan dsb): Lebih kurang pukul lapan malam, kami turut ~ pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. perarakan perbuatan atau hal berarak: ~ Maulud Nabi telah disertai oleh beribu-ribu orang umat Islam. pengarak 1 orang atau sesuatu yg mengarak. 2 orang atau sesuatu yg mendahului seseorang atau sesuatu. angin ~ hujan angin yg mendahului hujan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arak

Puisi
 

Naik gunung mana arak,
     Batu mana tanah air;
Rendah gunung tinggi arak,
     Dari awal sampai akhir.


Lihat selanjutnya...(12)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
public housekedai arakPenilaian Harta TanahTiadaTiada
alcohol abusepenyalahgunaan alkoholKejururawatanTiadaKetagihan arak yang melampau, dan biasanya mengakibatkan sirosis hepar.
Dionysiangaya DionysiusKesusasteraanTiadaGaya Dewa Dionysius sebagai dewa arak dan keseronokan dengan mitos orang Yunani. Dionysius dipuja dengan sajian persembahan drama yang berkaitan dengan kesuburan. Dewa ini dikaitkan dengan pusingan musim, kelahiran, kematian dan kelahiran semula, dan diraikan dalam pelbagai jenis pesta dan ritual. Tragedi, ditiramb dan drama satira menjadi sebahagian persembahan yang penting semasa meraikannya. Lihat juga ditiramb, satira, tragedi.
health destructionmudarat kesihatanKejururawatanTiadaAktiviti yang merosakkan kesihatan seseorang, seperti merokok, minum arak dan penyalahgunaan dadah.
dithyrambditirambKesusasteraanTiadaSebuah persembahan yang mengandungi dikir dan nyanyian untuk meraikan dewa Dionysius, yang berkaitan dengan arak, keseronokan dan kesuburan. Pada peringkat awalnya, ditiramb mempersembahkan cerita yang diimprovisasikan dan dinyanyikan secara solo oleh ketua kumpulan dan dijawab oleh kumpulan korus. Kemudian, ditiramb diperluas untuk meraikan dewa-dewa yang lain. Seterusnya, ditiramb berkembang daripada upacara ritual kepada bentuk kesusasteraan yang mengetengahkan cerita kepahlawanan. Dalam kesusasteraan moden (selepas abad klasik), bentuk ini sudah tidak popular lagi. Contoh ditiramb moden ialah karya Dryden, Alexander�s Feast yang memperlihatkan gaya persembahan yang penuh ghairah. Ditiramb berasal daripada bahasa Yunani dithurambos yang bermaksud �nyanyian rakyat�.
herbal preparationsediaan herbaHerbaTiadaSediaan bahan yang diperoleh melalui pengekstrakan, penyulingan, pemerahan, pemfraksian, penulenan, pemekatan atau penapaian bahan herba. Bahan ini merangkumi herba yang dikisar atau diserbukkan, tinktur, ekstrak, minyak pati, jus perahan dan eksudat yang telah diproses. Contohnya, teh herba, arak herba dan kemenyan.
prologueprologKesusasteraanTiadaBahagian pembukaan atau permulaan sesebuah karya. Prolog merupakan sejenis pengantar yang menjadi sebahagian daripada sesebuah karya tetapi bukan pengenalan. Prolog adalah sebahagian daripada karya sastera tersebut. Prolog sering digunakan dalam drama pada abad ke-17 dan 18 Masihi dan biasanya berbentuk puisi, namun prolog juga ditemui dalam novel. Contoh prolog yang terkenal ialah General Prologue to the Canterbury Tales oleh Chaucer. Contoh Indonesia ditemui dalam karya Ken Arak dan Ken Dedes oleh M. Yamin. Prolog berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �sebelum ucapan�.

Kembali ke atas