public house | kedai arak | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
alcohol abuse | penyalahgunaan alkohol | Kejururawatan | Tiada | Ketagihan arak yang melampau, dan biasanya mengakibatkan sirosis hepar. |
Dionysian | gaya Dionysius | Kesusasteraan | Tiada | Gaya Dewa Dionysius sebagai dewa arak dan keseronokan dengan mitos orang Yunani. Dionysius dipuja dengan sajian persembahan drama yang berkaitan dengan kesuburan. Dewa ini dikaitkan dengan pusingan musim, kelahiran, kematian dan kelahiran semula, dan diraikan dalam pelbagai jenis pesta dan ritual. Tragedi, ditiramb dan drama satira menjadi sebahagian persembahan yang penting semasa meraikannya. Lihat juga ditiramb, satira, tragedi. |
health destruction | mudarat kesihatan | Kejururawatan | Tiada | Aktiviti yang merosakkan kesihatan seseorang, seperti merokok, minum arak dan penyalahgunaan dadah. |
dithyramb | ditiramb | Kesusasteraan | Tiada | Sebuah persembahan yang mengandungi dikir dan nyanyian untuk meraikan dewa Dionysius, yang berkaitan dengan arak, keseronokan dan kesuburan. Pada peringkat awalnya, ditiramb mempersembahkan cerita yang diimprovisasikan dan dinyanyikan secara solo oleh ketua kumpulan dan dijawab oleh kumpulan korus. Kemudian, ditiramb diperluas untuk meraikan dewa-dewa yang lain. Seterusnya, ditiramb berkembang daripada upacara ritual kepada bentuk kesusasteraan yang mengetengahkan cerita kepahlawanan. Dalam kesusasteraan moden (selepas abad klasik), bentuk ini sudah tidak popular lagi. Contoh ditiramb moden ialah karya Dryden, Alexander�s Feast yang memperlihatkan gaya persembahan yang penuh ghairah. Ditiramb berasal daripada bahasa Yunani dithurambos yang bermaksud �nyanyian rakyat�. |
herbal preparation | sediaan herba | Herba | Tiada | Sediaan bahan yang diperoleh melalui pengekstrakan, penyulingan, pemerahan, pemfraksian, penulenan, pemekatan atau penapaian bahan herba. Bahan ini merangkumi herba yang dikisar atau diserbukkan, tinktur, ekstrak, minyak pati, jus perahan dan eksudat yang telah diproses. Contohnya, teh herba, arak herba dan kemenyan. |
prologue | prolog | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian pembukaan atau permulaan sesebuah karya. Prolog merupakan sejenis pengantar yang menjadi sebahagian daripada sesebuah karya tetapi bukan pengenalan. Prolog adalah sebahagian daripada karya sastera tersebut. Prolog sering digunakan dalam drama pada abad ke-17 dan 18 Masihi dan biasanya berbentuk puisi, namun prolog juga ditemui dalam novel. Contoh prolog yang terkenal ialah General Prologue to the Canterbury Tales oleh Chaucer. Contoh Indonesia ditemui dalam karya Ken Arak dan Ken Dedes oleh M. Yamin. Prolog berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �sebelum ucapan�. |