Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ras] | ارس

Definisi : 1. hingga ke, sampai ke, paras, takat; ~ pinggang setinggi pinggang; 2. muka (air dll): berapa meter padu air mesti dipamkan ke dlm kolam yg panjangnya 25 meter, lebar­nya 15 meter, supaya ~ air naik satu meter; ~ air muka air; 3. tingkat: naik lif hingga ke ~ lima; ~ bumi kedudukan yg sama aras dgn per­mukaan bumi; ~ dada (Hut) ketinggian (1.3 meter) yg lazimnya digunakan sbg piawai utk mengukur lilit, garis pusat, dan luas pangkal pokok hidup; ~ laut aras purata permukaan laut berbanding dgn permukaan daratan; ~ tinggi ketinggian sesuatu tempat (kawasan) yg biasanya diukur dr aras laut, altitud; mengaras menyentuh, mencapai, sampai ke; ~ awan sampai ke awan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ras] | ارس

Definisi : sl raja dlm bahaya (seruan utk permainan catur). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ras] | ارس

Definisi : ; ~ kerdan ark sj penganan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ras] | ارس

Definisi : 1 had tingginya sesuatu permukaan air dsb; paras; takat: ~ lutut sampai ke lutut dalamnya. 2 permukaan air: Kerana hujan lebat, ~ air Sungai Gombak naik satu meter. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.ras] | ارس

Definisi : (dlm permainan catur) kata seru utk menyatakan bahawa sesuatu buah tidak boleh digerakkan kerana akan membahayakan raja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aras


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mean sea levelmin aras lautSains MarinTiadaAras purata satu atau lebih permukaan laut bumi yang merupakan aras pasang tertinggi atau aras pasang terendah di suatu kawasan. Aras ini merupakan sejenis datum menegak, iaitu titik rujukan geodetik yang telah diseragamkan dan dipiawaikan digunakan sebagai carta datum dalam kartografi dan navigasi marin.
oil level indicatorpenunjuk aras minyakKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti yang menunjukkan aras minyak pelincir yang sesuai dalam penakung minyak. Terdapat dua bentuk penunjuk aras minyak pelincir yang digunakan, iaitu pengukur celup dan kaca penglihatan. Bagi pengukur celup dan kaca penglihatan, terdapat tanda aras maksimum dan minimum. Aras minyak pelincir perlu dipastikan berada di antara dua aras ini bagi memastikan minyak pelincir tidak melebihi jumlah yang di- tentukan atau tidak terlalu kurang daripada had minimumnya. Sinonim pengukur celup.
ramptanjakanKesenianHiasan DalamanPermukaan menurun atau menaik yang menghubungkan aras rendah kepada aras yang lebih tinggi atau sebaliknya, dengan mengambil alih fungsi tangga. Tanjakan berlaku apabila permukaan cekung bertemu dengan permukaan menegak seperti yang terdapat pada selusur tangan atau koping yang membelok dari cerun ke arah mendatar atau meningkat dari satu aras kepada aras yang lebih tinggi.
raised beachpantai terangkatSains MarinTiadaPelantar atau teres kerikil dan pasir yang terangkat ke atas dari aras laut atau aras tasik yang menunjukkan perubahan pada aras relatif dataran dan permukaan air.
sodium restricted dietdiet terhad natriumSains KesihatanTiadaDiet yang mengehadkan aras natrium pada aras tertentu.
high tide markaras air pasang tinggiSains MarinTiadaSatu titik mewakili ketinggian maksimum badan air yang dapat dicapai dari daratan. Kebiasaanya tanda tersebut adalah hasil daripada banjir dan melambangkan aras pasang laut tertinggi mengikut tahun. Pengetahuan dalam aras air pasang tertinggi adalah penting untuk pelan pembangunan ekonomi di suatu kawasan.
sensation levelaras penderiaanSains KesihatanTiadaAras nada yang melebihi kepekaan individu terhadap nada tersebut.
analysis-level thinkingaras pemikiran analisisPendidikanTiadaAras kognitif yang merujuk kepada keupayaan untuk mendalami sesuatu topik dengan memeriksa komponen-komponennya agar struktur organisasinya dapat difahami.
application-level thinkingaras pemikiran aplikasiPendidikanTiadaAras kognitif yang merujuk kepada keupayaan untuk menggunakan kemahiran dan pengetahuan dalam situasi yang baharu dan berkaitan.
pregnancy diagnosisdiagnosis kebuntinganPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah yang digunakan untuk mengetahui status kebuntingan haiwan. Pelbagai teknik mendiagnosis kebuntingan pada haiwan boleh dilakukan seperti pempalpatan rektum, pengukuran aras hormon, pengukuran aras protein awal kebuntingan dan pemeriksaan menggunakan pengimbas ultrabunyi. Penentuan kebuntingan pada peringkat awal haiwan amat penting dalam pengurusan haiwan.
12345678910...

Kembali ke atas