Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.bi.tra.ri] | اربيتراري

Definisi : 1. tidak berasaskan pertimbangan yg tertentu atau yg teliti, tidak berasaskan pemikiran (analisis dsb), mengikut sekehen­dak hati, sewenang-wenang: pemisahan antara dunia yg bersifat analitik dan dunia nyata itu juga merupakan suatu pemisahan yg ~ kerana sifat ilmu itu tidak terpisah drpd masyarakat yg mendukungnya; 2. (Lin) berkaitan dgn sifat bahasa yg menunjukkan tiadanya kepadanan fizikal yg semula jadi antara bentuk bahasa dgn entiti sebenar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arbitrari


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arbitrary (power)arbitrari (kuasa)SejarahTiadaKuasa yang dimiliki oleh seseorang untuk membuat apa saja yang disukainya, dicirikan dengan kuasa mutlak atau autoriti mutlak.
arbitrary zoningpengezonan arbitrariPenilaian Harta TanahTiadaTiada
arbitrary zoningpengezonan arbitrariPenilaian Harta TanahTiadaTiada
symbolsimbolKesusasteraanTiadaSuatu objek, hidupan atau benda yang mewakili atau mengambil tempat sesuatu yang lain. Simbol berbeza dengan tanda alegorikal kerana simbol mempunyai kewujudan sebenar, sedangkan tanda elegorikal tidak berasaskan pertimbangan yang tertentu atau teliti (arbitrari). Tindakan dan gesture juga boleh disimbolkan. Sesuatu simbol sastera berimej dengan konsep, iaitu perkataan itu sendiri menjadi simbol. Simbol boleh berbentuk awam atau peribadi, universal atau setempat. Penggunaan simbol dalam karya sastera telah memunculkan gerakan simbolisme yang mula berkembang di Perancis pada abad ke-18. Gerakan simbolisme ini membantu perjuangan romantisme melawan realisme. Gerakan ini menekankan penggunaan imejan yang konkrit untuk mengungkapkan perasaan atau gagasan yang mujarad. Pewaris gerakan simbolisme di luar Perancis ialah W.B. Yeats dan T.S. Eliot (England dan Amerika), serta Rainer Maria Rilke dan Stefan George (Jerman). Idea simbolisme Perancis turut diambil oleh penulis Rusia seperti Byusov, Volynsky dan Bely. Simbol berasal daripada perkataan Yunani syamballein yang bermaksud �mencampakkan bersama-sama� dan kata nama simbolon yang bermaksud �tanda�, �lambang� atau �token�.

Kembali ke atas