archetype | arketaip | Kesusasteraan | Tiada | Perihal model, kerangka, atau corak asal sesuatu prototaip dalam dunia kesusasteraan. Istilah ini dipinjam daripada teori arketaip Carl Jung dalam bidang psikologi yang menekankan unsur pengalaman bawah sedar masyarakat secara kolektif yang diwarisi dari zaman ke zaman. |
archetypal criticism | kritikan arketaip | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang melibatkan analisis tipa induk dan mitos, jenis perwatakan, tema serta motif yang muncul berulang kali dalam kesusasteraan. Kritikan arketaip dipengaruhi kajian asal dalam bidang antropologi bandingan di Universiti Cambridge, terutamanya dalam karya J.G. Frazer berjudul The Golden Bough. Karya ini mengkaji bentuk mitos, ritual dan psikolgi C.G. Jung. Karya Northrop Frye berjudul Anatomy of Criticism membicarakan tipa induk yang muncul berulang kali dalam karya sastera sehingga pembaca mengenalinya sebagai elemen signifikan dalam pengalaman pembacaannya. Menurut Frye, tipa induk ini berulang dalam beberapa bentuk naratif di sepanjang sejarah kesusasteraan Barat. Sebagai contoh, situasi (motif menempuh alam kedewasaan), perwatakan (motif suami cemburu), perjalanan plot (jejaka bertemu gadis, gadis menolak pinangan jejaka, jejaka mendapat gadis), imej (motif bunga ros sebagai lambang percintaan) dan tema (kebebasan memilih dan suratan takdir). Kritikan ini dikenali juga sebagai kritikan tipa induk atau kritikan Jung. Lihat juga kritikan Jung, tipa induk. |
Faust theme | tema Faust | Kesusasteraan | Tiada | Tema arketaip seseorang cendekiawan yang sanggup menerima balasan seksa neraka demi memiliki kepuasan intelektual dan kebendaan. Hal ini didasarkan kepada legenda pada kurun ke-16 yang mengesahkan seorang ahli sihir bernama Faust. Faust sanggup menggadaikan nyawanya kepada syaitan demi memperoleh pengetahuan dan kuasa. Tema ini dihidupkan dalam karya Geothe bertajuk Faust dan novel Thomas Mann berjudul Doktor Faustus. |
Jungian criticism | kritikan Jung | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera yang mengkaji aspek bawah sedar kolektif manusia yang terakam dalam karya sastera. Kritikan ini bersandarkan teori psikologi Carl Jung. Menurut Jung, bawah sedar manusia terbahagi kepada dua bahagian: Pertama, bahagian peribadi yang mengandungi perkara yang ditebatkan kermasuklah maklumat tentang kehidupan individu yang dilupakan. Kedua, bahagian arketaip yang mengandungi maklumat terkumpul dan dikongsi bersama dengan manusia sejagat atau sesuatu kumpulan budaya tertentu. Kritikan Jung juga dikenali dengan kritikan arketaip dan kritikan mitos. Lihat juga kritikan arketaip, kritikan mitos. |
urtext | urteks | Kesusasteraan | Tiada | Versi induk yang dijadikan asas untuk versi teks yang lain. Versi induk biasanya sudah tidak diperoleh, justeru perlu dibina semula melalui kritikan tekstual dengan menggunakan kaedah kajian filologi. Naskhah Hik?y?t Mel?yu yang dibawa dari Goa dianggap sebagai versi protaip Sej?r?h Mel?yu. Urteks berasal daripada bahasa Jerman urtext yang bermaksud �versi asal sesebuah teks�. Urteks dikenali juga sebagai urform, arketaip, prototaip. Lihat juga kritikan teks. |
literary dissemination | penyebaran sastera | Kesusasteraan | Tiada | Pemindahan bentuk sastera dari satu lapangan budaya dan geografi ke lapangan budaya dan geografi yang lain. Pemindahan sastera juga berlaku dari satu generasi kepada generasi yang lain. Pemindahan sastera biasanya berlaku secara lisan dalam tempoh yang lama. Justeru, bentuk sastera ini akan mengalami perubahan, iaitu interpolasi, pembudayaan, iaitu akulturasi, dan pengubahsuaian, iaitu adaptasi. Proses pemindahan ini menyebabkan muncul pelbagai versi teks. Minat terhadap pemindahan sastera juga menyebabkan wujudnya pelbagai kajian yang tertumpu pada pencarian versi asal teks, iaitu prototaip, arketaip serta asal usul sesebuah teks. Pendekatan yang cenderung ke arah pemindahan sastera ialah kajian filologi, kesusasteraan bandingan, serta kaedah sejarah-geografi dalam kajian budaya rakyat. |
myth criticism | kritikan mitos | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera yang menganggap sesebuah karya sebagai pernyataan atau rangkuman pola-pola dan struktur mitos yang sering berulang dalam sesuatu masyarakat. Kaedah ini akan mengkaji, meninterprestasi dan mengkategorikan sesebuah karya mengikut struktur dan unsur simbolik yang berkaitan dengan mitos tersebut. Kritikan ini juga menghubungkaitkan sastera dunia melalui penerapan mitos sejagat sepeti motif pencarian dan motif asal usul. Contohnya, sastera Barat dan Nusantara boleh dihubungkan dengan kajian motif pencarian yang terdapat dalam Hikayat Indera Putera dan Ullysses oleh Homer, sementara motif asal usul boleh dikaji dalam cerita panji dan mitos Yunani. Dalam konteks sastera moden, motif pencarian boleh dianalisis daripada karya Perjalanan Si Tenggang oleh Muhammad Haji Salleh dan Ulysses oleh James Joyce. Pengkritik utama kaedah kritikan ini termasuklah Joseph Campell dalam bukunya berjudul The Heor with a Thousand Faces dan Northrop Frye dalam bukunya berjudul Anatomy of Criticism. Lihat juga kritikan arketaip, tipa induk. |