reproduction copy | naskhah salinan semula | Komunikasi | Korporat | Bahan teks atau elektronik yang dicetak atau diterbitkan semula daripada sumber asal, sama ada melalui kaedah suntingan semula atau tidak disunting semula. Suntingan semula dibuat dengan melakukan penambahan maklumat kepada sumber asal yang disesuaikan dengan situasi semasa. Tujuan penerbitan semula bahan teks atau elektronik adalah untuk menambah atau menggantikan stok bahan penerbitan yang tidak mencukupi. Naskhah salinan semula dibuat bagi memenuhi keperluan pengguna yang melebihi jangkaan asal. Proses ini dilakukan oleh penerbit naskhah berkenaan atau pihak lain yang diberi hak penerbitan. |
manuscript | manuskrip | Kesusasteraan | Tiada | Naskhah asal sama ada dalam bentuk tulisan tangan atau bertaip, tetapi masih belum dicetak. |
image editor | editor imej | Teknologi Maklumat | Perisian | Sejenis perisian yang digunakan untuk mengubah suai imej asal, sama ada yang dirakam dengan kamera atau pengimbas. Perisian ini mengandungi beberapa fungsi yang boleh digunakan untuk mengaplikasikan kesan khas terhadap sesuatu gambar dengan cara yang mudah. Perisian ini boleh juga menukarkan format asal gambar kepada format grafik yang lain. Contoh editor imej yang popular pada masa kini ialah Adobe Photoshop dan GIMP. |
‘aqid | pihak berakad | Perniagaan Islam | Tiada | Pihak yang berakad dalam urus niaga sama ada pihak berakad asal atau wakil. Contoh pihak berakad yang asal ialah pihak yang melaksanakan akad untuk dirinya, manakala wakil ialah pihak yang melaksanakan akad bagi pihak yang telah meninggal dunia. |
autogeny | autogeni | Perubatan | Tiada | 1. Penghasilan organisma hidup daripada benda tak hidup, dipertimbangkan sama ada dari segi asal usul kehidupan di muka bumi, atau sebagai generasi spontan. 2. Asal usul, penghasilan atau pembiakan di dalam organisma yang sama. |
facsimile transmission | pemancaran faksimile | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Sistem telegrafi yang dapat mengeluarkan semula bentuk dan keterangan nada atau warna sesuatu dokumen asal, sama ada tulisan tangan, cetakan, atau gambar melalui alat faksimile. |
extraction | penyarian | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses pemisahan yang melibatkan pengeluaran satu komponen atau lebih daripada bahan campuran asal dengan menggunakan cecair pelarut. Aliran cecair pelarut disentuhkan dengan aliran bahan campuran yang disari dan bertindak melarutkan komponen boleh larut serta memisahkannya daripada bahan asal (sama ada dalam bentuk pepejal atau cecair). |
erectile tissue | tisu erektil | Biologi | Histologi dan Sitologi | Tisu yang mampu menegar kerana salur darah yang ada di dalamnya mengembang. Rajah: Tisu Biji (Lihat buku asal hlm. 209) Rajah: Tisu Daun (Lihat buku asal hlm. 209) Rajah: Tisu Pucuk Tumbuh-tumbuhan (Lihat buku asal hlm. 210) |
intermediate manuscript | naskhah antara | Kesusasteraan | Tiada | Naskhah yang menjadi penghubung antara naskhah asal dengan naskhah yang ada sekarang. |
self-fringe | swarumbai | Kesenian | Tiada | Rumbai yang dibuat dengan menarik benang lungsin atau benang pakan daripada fabrik asal dan dikemaskan sama ada dengan sebaris jahit mesin atau jahit tangan. |