restoration | pemulihan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Proses mengembalikan bangunan atau fabrik bandar kepada keadaan asalnya melalui perca percantuman semula komponen asal tanpa penambahan bahan baharu. |
resident ambassador | duta residen | Pentadbiran | Tiada | Duta yang ditempatkan secara tetap di negara asing untuk mewakili negara asalnya dan bertanggungjawab dalam memberikan bantuan dan nasihat kepada rakyat negara asal mereka yang tinggal atau bekerja di negara tersebut. |
political asylum | suaka politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Individu yang lari dari negara asal dan meminta perlindungan negara lain kerana tekanan atau hukuman politik. Individu ini lazimnya memperjuangkan sesuatu idea yang berbeza dengan aliran perdana atau memperjuangkan hak sesuatu golongan yang tidak diterima oleh pemerintah negara tersebut. Ia dianggap telah melakukan kesalahan dalam negara itu dan menghadapi sesuatu tuduhan atau hukuman. Dengan itu, ia bertindak segera keluar dari negara asalnya dan memohon negara lain menerimanya. Perlindungan politik yang diberikan kepada individu atau kelompok ini sah di sisi undang-undang antarabangsa. Individu atau kelompok yang memohon status pelarian digelar sebagai pencari pelindung, sementara negara yang menerima pelarian ini disebut sebagai pemberi suaka atau suaka politik. Kelompok ini berbeza dengan kelompok migrasi ekonomi yang meninggalkan negara asal atas sebab atau faktor ekonomi. Contohnya, Teuku Hasan Ditiro, pemimpin Gerakan Acheh Merdeka mendapat status suaka politik dari negara Sweden. |
text criticism | kritikan teks | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera yang cuba mendapatkan versi naskhah yang paling tepat dengan cara membandingkan semua versi manuskrip yang sedia ada. Tujuan kritikan teks adalah untuk merekonstruksi niat pengarang asalnya dan mengeyahkan kesilapan penyalin, pencetak, dan interpolasi yang merosakkan teks asal. Lihat juga stema. |
hermenueutics | hermenueutika | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah tafsiran teks yang menonjolkan kepentingan peranan dan subjektiviti pembaca dalam proses pembentukan makna. Dalam proses pembinaan makna setiap pembaca secara individu berdialog dengan teks dan tafsiran serta pemahamannya dipengaruhi oleh pengetahuan dan pengalaman yang ada padanya. Pada asalnya, hermenueutika dipelopori dan diterapkan oleh F. Schleiermacher (1768-1834) dalam teologi agama kristian, terutamanya dalam tafsiran kerohanian terhadap Bible. Sejak abad ke-19, hermeneutika digunakan untuk persoalan falsafah. Seterusnya, sumbangan ahli falsafah Jerman, Wilhelm Dilthey (1833-1910), membolehkan hermeneutika dikembangkan dalam sastera untuk mentafsirkan dan memahami makna teks. Dalam hal ini,. Dilthey menganggap peranan pembaca amat penting. Menurut Dilthey, tafsiran melibatkan lingkaran hermeneutik (hermeneutic circle), iaitu konsep yang mengaitkan bahagian teks dengan teks itu secara keseluruhannya. Bahagian teks tidak dapat difahami tanpa pemahaman secara keseluruhannya, manakala keseluruhan teks tidak dapat difahami tanpa pemahaman bahagiannya. Justeru, pemahaman teks harus melibatkan jangkaan awal keseluruhan, dan pada masa yang sama, jangkaan tersebut pula melalui proses pengubahsuaian. Dalam sastera, hermeneutika dikaitkan dengan teori tafsiran martin Heidegger dan Hans-Georg Gadamer yang cuba mengatasi masalah lingkaran hermeneutik yang hampir sama. Gadamer mengatakan teks hanya dapat difahami dalam konteks masa lampau, begitu juga sebaliknya. Mengikut tradisi ini, tafsiran teks melibatkan perkara asas seperti kemungkinan pembinaan makna yang boleh ditentukan, tujuan asal pengarang, relativiti makna, dan sumbangan pembaca kepada makna teks. Dari aspek tafsiran, tradisi apabila teks itu berbicara juga memainkan peranan yang penting dan tradisi ini perlu difahami oleh pembaca. Teks mempunyai ufuknya, sementara pembaca juga mempunyai ufuk yang tersendiri. Dalam proses tafsiran yang unggul, kedua-dua ufuk ini harus dibaurkan, dan daripada bauran itulah munculnya makna yang tentunya relatif kepada pembaca. Hermeneutika telah mempengaruhi kemunculan fenomenologi, teori respons pembaca dan teori resepsi. Kemungkinan pemahaman teks boleh ditentukan, walaupun relatif sifatnya seperti yang disarankan dalam hermeneutika, tetapi dipertikaikan oleh teori kritikan pascastruktural, khususnya dekonstruksi. Hermeneutika berasal daripada perkataan Yunani hermetic bererti �sains tafsiran�. Lihat juga fenomenologi, teori respons pembaca. |