Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sap] | اسڤ

Definisi : 1. gas yg kelihatan keluar dr benda yg dibakar (berkepul-kepul dsb naik ke udara); 2. = ~ air wap; ~ air mata = ~ tangis gas pemedih mata; ~ api asap yg keluar dr api; ~ belerang asap dr belerang (gunung berapi); ~ kemenyan asap yg keluar apabila kemenyan dibakar; belum dipanjat ~ kemenyan prb belum ber­kahwin; menggantang ~ (mengukir langit) prb a) melakukan perbuatan yg sia-sia; b) berangan-angan (akan sesuatu yg tidak mung­kin dicapai);berasap 1. mengeluarkan asap, ada asap; 2. diselubungi oleh kabus; dapur tidak ~ prb miskin sekali; telah ~ hidungnya prb telah beroleh keuntungan se­sudah lama menderita kekurangan;mengasap 1. menjadi asap; 2. = mengasapi; mengasapi 1. mengenakan asap pd sesuatu (supaya masak, harum, kering, hilang nyamuk, dll); 2. memasak (mengeringkan, meng­harum­kan, dsb) dgn asap: perempuan itu mengangkat tempat bara utk ~ rumahnya; ~ daging mengeringkan daging dgn asap; ~ pakaian mengharumkan pakaian dgn me­ngenakan asap dupa; pengasapan perihal (perbuatan) mengasapi; perasap, perasapan tempat membakar ke­menyan dll, pedupaan: ia menyuruh aku me­masang ~ dan memasukkan sedikit setanggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sap] | اسڤ

Definisi : wap yg di dlmnya terdapat karbon dan kelihatan keluar dr benda-benda terbakar. ~ air sj gas yg keluar dr air yg mendidih. ~ api asap yg keluar dr api. ~ belerang asap yg keluar dr belerang gunung berapi. ~ kemenyan asap yg keluar dr kemenyan yg dibakar. ~ rokok asap dr rokok yg dihisap. berasap mengeluarkan asap; ada asapnya. mengasapi mengenakan asap pd sesuatu supaya masak (kering, harum dsb). ~ daging menyalai daging. ~ getah mengeringkan getah dgn asap. ~ nyamuk menghalau nyamuk dgn asap. ~ pakaian mengharumkan pakaian dgn asap setanggi dsb. perasapan tempat membakar kemenyan dsb. pengasapan hal (cara, perbuatan dsb) mengasapi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asap

Puisi
 

Asap tinggi ngulung-ngulung,
     Anak buaya menggonggong bangkai;
Harap hati nak memeluk gunung,
     Apakan daya tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Menggantang asap,
     mengukir langit.

Bermaksud :

Memikirkan (menghendaki) yang bukan-bukan; melakukan perbuatan yang sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
smoke curingpematangan asapBuluhTiadaKaedah mengawet buluh dengan cara pengasapan buluh dalam ruang tertutup pada suhu rendah selama lapan hingga dua belas jam. Dalam kaedah ini, sebatian kimia dalam asap akan diserap oleh tisu buluh untuk mengelak daripada serangan serangga perosak.
white smokeasap putihKejuruteraan AutomotifEnjinGas ekzos berwarna putih yang mengandungi zarah cecair ba- han api dan minyak pelincir yang tidak terbakar akibat tindakan lindap-kejut.
black smokeasap hitamKejuruteraan AutomotifEnjinGas ekzos berwarna hitam yang disebabkan pembakaran tidak lengkap akibat pembakaran kandungan bahan api yang berlebihan dalam campuran udara-bahan api. Keadaan ini biasanya berlaku pada enjin diesel.
blue smokeasap biruKejuruteraan AutomotifEnjinGas ekzos berwarna kebiru-biruan yang disebabkan pemba- karan minyak pelincir yang terlepas masuk ke dalam kebuk pembakaran dan bergabung dengan campuran udara-bahan api. Keadaan ini berlaku apabila gegelang omboh tidak boleh beroperasi sebagai pengendap yang sempurna. Minyak pelincir juga boleh memasuki kebuk pembakaran melalui pandu injap.
fluecorong asapPenilaian Harta TanahTiadaTiada
smoke treatmentrawatan asapBuluhTiadaKaedah merawat buluh dengan cara pengasapan untuk mengurangkan kandungan lembapan dan menyingkirkan gula dalam buluh yang baru dituai.
chimneycerobongKesenianHiasan DalamanKomponen bangunan yang terdiri daripada corong bagi membolehkan asap keluar dari tempat pendiangan, yang biasanya terdapat di ruang keluarga di rumah negara beriklim sejuk. Corong ini biasanya terkeluar dari permukaan bumbung.
fumed oakoak asapanKesenianHiasan DalamanKayu oak yang telah didedahkan kepada bahan asap ammonia. Tujuannya untuk menghasilkan permukaan oak yang kelihatan antik.
chemical warfarepeperangan kimiaFizikNanoteknologiKeadaan berlawan yang menggunakan bahan kimia atau bahan beracun sebagai senjata. Contohnya, gas mustard dan gas sarin, iaitu bom asap kimia yang digunakan untuk melumpuhkan sistem saraf.
chemical penetrationketembusan kimiaBuluhTiadaKaedah mengawet buluh dengan cara pengasapan dalam ruang tertutup pada suhu rendah selama lapan hingga dua belas jam. Dalam kaedah ini, sebatian kimia dalam asap yang terserap dalam tisu buluh dapat mengelakkan daripada serangan serangga perosak.
12

Kembali ke atas