ribbed smoked sheet (RSS) | getah asap berbunga (GAB) | Pertanian | Agronomi | Getah keping yang telah melalui mesin penggiling berjalur, dikeringkan dan dijemur di dalam rumah asap. Pengasapan bertujuan untuk mengelakkan jangkitan kulat pada getah. Kepingan getah asap berbunga (GAB), digredkan mengikut warna, konsistensi dan kandungan bahan asing. Gred GAB1 adalah yang paling baik diikuti GAB2 dan GAB3. |
black smoke | asap hitam | Kejuruteraan | Tiada | Asap yang mengandungi karbon tak terbakar. |
second hand smoke | asap sekunder | Kejururawatan | Tiada | Asap tembakau yang disedut secara tidak langsung dari alam persekitaran. |
smoke detector | pengesan asap | Sosiologi | Tiada | Alat yang dapat mengesan asap untuk mengendalikan penggera bagi tujuan keselamatan. |
smoke damage | kerosakan asap | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kerosakan yang disebabkan oleh asap kebakaran dan ini berbeza dengan kerosakan disebabkan oleh api. |
arctic sea smoke | asap laut artik | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Sama dengan asap laut. |
smoky quartz | kuarza asap | Geologi | Tiada | Varieti kuarza habluran yang berwarna kuning asap hingga kelabu perang, biasanya lutsinar, mengandungi kepungan karbon dioksida, dan ada kalanya digunakan sebagai batu permata semiharga. |
smoked fish | ikan salai | Perikanan | Tiada | 1. Ikan yang diawet dengan menggunakan asap supaya lebih tahan lama. 2. Produk hasil perikanan yang diasapkan di rumah asap. Penghasilan ikan salai adalah dengan menggunakan kayu jenis keras ketika proses mengasap bagi mendapatkan aroma dan rasa yang berbeza. Kayu bergetah tidak sesuai digunakan kerana boleh menyebabkan tekstur ikan menjadi pahit. |
smoke point | takat asap | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Suhu terendah apabila minyak atau lemak mengeluarkan hasil meruap yang boleh dilihat, disebabkan oleh penguraian. Takat ini berbeza mengikut jenis minyak atau lemak dan mempunyai julat antara 160 � 260oC. Secara amnya minyak mempunyai takat asap yang lebih tinggi daripada lemak. |
clouds from industry | awan industri | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Awan yang terhasil daripada pelbagai kegiatan, seperti awan daripada asap dan daripada pemeluwapan stim di kawasan industri; awan asap yang dihasilkan untuk melindungi hutan, dan awan daripada gas atau debu racun serangga yang digunakan di kawasan pertanian. |