ASEAN Free Trade Area (AFTA) | Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Aturan perdagangan serantau yang membentuk blok perdagangan antara negara anggota ASEAN. Perjanjian penubuhan AFTA dimeterai oleh Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand pada tahun 1992. Vietnam menyertai AFTA pada tahun 1995, Laos dan Myanmar menyertainya pada tahun 1997, dan Kemboja menganggotainya pada tahun 1999. Matlamat utama AFTA adalah untuk meningkatkan daya saing ekonomi ASEAN menerusi pengurangan dan penghapusan halangan perdagangan tarif dan bukan tarif. AFTA juga bertujuan untuk meningkatkan kemasukan pelaburan langsung asing ke rantau ASEAN. Mekanisme terpenting AFTA ialah Skim Tarif Keutamaan Efektif Umum (CEPT) yang mengurangkan dan menghapuskan tarif terhadap produk yang didagangkan sesama negara anggota ASEAN. Peranan AFTA dan mekanismenya termasuk CEPT telah diambil alih oleh Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) yang memperkukuh lagi integrasi dalam kalangan negara anggota ASEAN. |
AFTA Council | Majlis AFTA | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Majlis yang dianggotai oleh menteri ekonomi atau perdagangan negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). Majlis tersebut bertanggungjawab melaksanakan dasar liberalisasi tarif dalam Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). Lihat juga Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). |
member state | negara anggota | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Negara yang merupakan ahli dalam sesebuah organisasi politik, ekonomi atau perdagangan, seperti Kesatuan Eropah dan ASEAN. Negara anggota akan terlibat secara langsung dalam semua aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh organisasi tersebut. Contohnya, Malaysia merupakan negara anggota ASEAN yang menjadi tuan rumah persidangan ASEAN pada tahun 2015. Oleh itu, kesemua ahli negara anggota ASEAN yang lain harus sama-sama turut menjayakan setiap program yang dilaksanakan. |
common effective preferential tariff scheme | skim tarif keutamaan efektif umum (CEPT) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Skim dalam Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang mewajibkan tarif dikurangkan secara beransur-ansur kepada kadar 0 hingga 5 peratus bagi barangan yang didagangkan antara negara AFTA. Skim ini bermula pada 1 Januari 1993 dan sepatutnya dilaksanakan sehingga sempurna pada tahun 2003. Terdapat tiga pengecualian dalam skim ini, iaitu pengecualian sementara, produk pertanian sensitif dan pengecualian umum. Skim CEPT diganti oleh Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) pada tahun 2010, yang membentuk sebahagian daripada Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC). |
regional agency | agensi serantau | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Institusi tetap yang ditubuhkan hasil daripada pakatan atau persetujuan oleh negara berdaulat dalam sesuatu rantau. Contohnya, Kumpulan Kerja Agensi-Agensi EKS ASEAN (SMEWG). Agensi serantau ini bertanggungjawab menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara-negara anggota ASEAN. |
regional organization | pertubuhan serantau | Geografi | Tiada | Pertubuhan yang didirikan bagi tujuan pembangunan serantau, misalnya ASEAN, EAEC, EEC dan sebagainya. |
matured country | negara matang) | Gerontologi | Tiada | Negara yang mempunyai 11% hingga 14% jumlah penduduk berumur 60 tahun dan ke atas (ASEAN). Sinonim matured nation. |
youthful nation | negara belia | Gerontologi | Tiada | Negara yang mempunyai 6% hingga 10% jumlah penduduk berumur 60 tahun dan ke atas (ASEAN). Sinonim youthful country. |
sculpture garden | taman arca | Landskap | Tiada | Kawasan berlandskap yang mengandungi pelbagai bentuk elemen hasil daripada seni tiga dimensi seperti arca. Contohnya, Laman Asean di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. |
Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN)) | Zon Aman, Bebas dan Berkecuali | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konsep zon yang disuarakan oleh Malaysia dalam Deklarasi Kuala Lumpur pada tahun 1971. Konsep ini telah mendapat sokongan negara serantau yang merupakan salah satu cita-cita ASEAN untuk menjadikan rantau ini sebagai zon yang bebas daripada campur tangan pengaruh luar. Proses pengecualian menekankan supaya setiap negara saling menghormati kedaulatan antara satu sama lain. Negara di rantau ini tidak boleh melibatkan diri dalam aktiviti yang mengancam keselamatan sesebuah negara lain. Konsep ini juga merupakan satu mekanisme untuk menjauhkan campur tangan kuasa besar dalam hal ehwal politik negara ASEAN. Sinonim ZOPFAN. |