Canadian natural deuterium uranium (CANDU) reactor | reaktor uranium asli dan deuterium Kanada | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Reaktor air berat bertekanan yang menggunakan bahan api uranium asli yang dibangunkan oleh negara Kanada. |
natural resources conservation | pemuliharaan sumber asli | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Usaha untuk melindungi sumber semula jadi yang berharga, contohnya pokok, mineral, hidupan liar dan air. Pemuliharaan sumber asli bertujuan untuk mengekalkan kelestarian sumber alam. |
original | asli | Kesusasteraan | Tiada | Bukan tiruan atau saduran. |
natural premium | premium asli | insurans | Tiada | Kos insurans hayat berdasarkan kepada kemortalan tulen bagi satu tahun untuk sesuatu umur tertentu. |
compressed natural gas (CNG) | gas asli mampat | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Gas semula jadi yang dimampatkan dan boleh digunakan sebagai bahan api enjin. |
kidung | kidung | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Jawa asli yang dikarang dalam bentuk sukatan baris yang dikenali sebagai tengahan. Prinsip dasar baris kidung sama seperti sukatan baris dalam puisi Jawa moden yang dinamai macapat. Ciri-ciri umum kidung ialah jumlah baris dalam satu bait tetap sama selagi sukatan barisnya tidak diganti. Semua bait tengahan mempunyai lebih daripada empat baris. Setiap baris mempunyai suku kata yang tetap, iaitu antara 8-10 suku kata tetapi panjang baris boleh berubah mengikut kedudukannya dalam bait. Biasanya, baris kidung disusun dua atau empat dengan rima hujung yang sama. Di Kraton, Jawa Timur, puisi kidung dinyanyikan dalam bahasa Jawa untuk mengelakkan bencana dan petaka. Amalan ini merupakan sebahagian daripada budaya Jawa Kuno. Kidung dinyanyikan dengan iringan alat ensembel seperti gambang dan saron. Tema kidung biasanya bersifat sejarah, menceritakan perihal masa silam yang berkait dengan wira bangsa peribumi. Kidung juga menggunakan cerita panji sebagai temanya. Contohnya, Wangbang Widaya ialah cerita Panji yang disampaikan dalam bentuk kidung. Lihat juga macapat. |
raw material | bahan mentah | Ekonomi | Tiada | Bahan asli untuk proses pengeluaran atau bahan perkilangan separuh proses yang diperlukan untuk proses perkilangan selanjutnya. Bahan mentah boleh dikelaskan kepada tiga kategori, iaitu bahan yang boleh digunakan secara terus, seperti buah kelapa sawit untuk pengeluaran minyak kelapa sawit, bahan mentah yang perlu diubahsuai secara tak langsung seperti kayu balak yang perlu dipotong untuk pengeluaran perabot, dan bahan mentah yang perlu diubah bentuk melalui proses perkilangan yang kompleks seperti bahan petroleum untuk menghasilkan keluaran petrokimia. |
isoprene | isoprena | Fizik | Nanoteknologi | Molekul C5H8 daripada getah asli yang berbentuk cecair tanpa warna dengan suhu didih 34.1�C, larut di dalam alkohol dan eter, tetapi tidak larut di dalam air. Cecair ini mudah mengalami pempolimeran untuk membentuk dimer dan resin elastomer dengan berat molekul yang tinggi. Isoprena digunakan untuk menghasilkan poliisoprena dan getah buatan. |
invention | rekaan | Kesusasteraan | Tiada | Rekaan: Daya kreatif yang asli dari segi pemikiran, stail/gaya, diksi, imajan atau plot. |
quicksilver | raksa | Herba | Pemiawaian | Istilah sama bagi merkuri dalam bentuk asli sebelum digunakan. Dalam pemiawaian, kontaminasi raksa perlu dielakkan bagi menjamin kualiti ekstrak herba yang digunakan. |