Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.so.nan.si] | اسوننسي

Definisi : (Lin) pengulangan bunyi vokal dlm deretan kata spt secupak dan sesukat, atau pokok dan tokoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.so.nan.si] | اسوننسي

Definisi : ist perulangan bunyi vokal yg sama atau yg hampir sama dlm kata-kata yg berderet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asonansi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
assonanceasonansiKesusasteraanPuisiPengulangan bunyi vokal yang sama pada perkataan yang berturutan dalam baris-baris puisi. Pengulangan begini menimbulkan kesan kehalusan, kelembutan, kemerduan atau keindahan bunyi. Contohnya, baris 'senyum tetamu melapah restu' iaitu petikan daripada puisi "Sirih Pinang" dalam kumpulan Bunga Waktu karya Ahmad Sarju. Sinonim runtun vokal.
assonanceasonansiKesusasteraanTiadaPengulangan bunyi vokal yang sama pada beberapa kata atau perkataan yang berturutan dalam baris-baris puisi.
assonanceruntun vokalKesusasteraanPuisiLihat asonansi.
poetic proseprosa puitisKesusasteraanTiadaKarangan yang ditulis dengan menggunakan elemen puisi seperti ritma, kiasan, metafora, asonansi, dan onomatopia. Prosa puitis biasanya ditemui dalam karya ringkas atau dalam perenggan tertentu karya panjang. Prosa puitis meningkatkan respons emosi pembaca dan menambahkan keindahan sesebuah karya. Contohya, dalam bahagian Time Passes dalam novel To the Lighthouse oleh Virginia Woolf.
literary devicealat susasteraKesusasteraanTiadaTeknik dan unsur pengkaryaan yang sengaja digunakan untuk mencapai kesan tertentu dalam semua karya sastera. Dalam penulisan fiksyen, alat ini digunakan untuk membina watak, sudut pandangan, plot, latar, suasana dan lain-lain. Dalam penulisan puisi, antara alat susastera yang digunakan ialah rima, aliterasi, asonansi, intonasi, dan metafora. Dalam drama dan teater pula, alat yang digunakan ialah dialog, ruang, prop dan pentas.

Kembali ke atas