Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
malpractice insuranceinsurans salah amalaninsuransTiadaPolisi insurans bagi seseorang profesional yang memberi perlindungan ke atas: 1. Dakwaan yang timbul akibat kecuaiannya; dan 2. Amaun yang ditetapkan oleh mahkamah ke atas sebarang ganti rugi tertakluk kepada had yang ditetapkan dalam polisi.
discountdiskaunEkonomiTiada1. Potongan ke atas harga barang yang dibeli secara tunai. Harga barang tersebut adalah lebih rendah berbanding dengan harga yang dibayar secara ansuran. Diskaun menggalakkan pembelian secara tunai. Sinonim diskaun tunai. 2. Perbezaan antara harga pembelian saham atau aset kewangan yang lebih rendah daripada nilai mukanya. Diskaun ini bergantung pada tempoh matang belum habis dan risiko yang terlibat dengan pemegangan aset tersebut.
colonykoloniKejururawatanTiada1. Pertumbuhan mikroorganisma di atas medium pepejal. 2. Populasi mikroorganisma yang berkembang daripada satu sel induk tunggal.
supinesupinKejururawatanTiada1. Baring secara terlentang dengan muka menghala ke atas. 2. Perihal menggerakkan lengan dengan menghalakan tapak tangan ke atas.
one hour recordrekod satu jamSukanLumba BasikalPerlumbaan mencipta masa oleh seseorang pelumba dalam masa satu (1) jam di atas balapan velodrom.
port-to-port coverageperlindungan pelabuhan ke pelabuhaninsuransTiada1. Jangka masa pelindungan yang diberikan oleh insurans pelayaran dalam polisi marin berbentuk biasa. Bagi barangan, perlindungan berterusan apabila dimuatkan ke atas kapal sehingga dipunggah ke atas pangkalan destinasi atau ke atas kapal pembeli. 2. Bagi insurans kapal, jangka masa perlindungan bermula apabila kapal berlayar sehingga ke pelabuhan yang dituju.
building linegarisan bangunanPerancangan dan Pembangunan BandarTiada(1) Sempadan bangunan utama yang dipersetujui oleh pemaju dan pihak berkuasa tempatan di atas sesuatu tapak. (2) Sempadan yang mengehadkan pembinaan bangunan utama di atas sesuatu tapak yang ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan.
top-down nanofabricationnanofabrikasi atas-bawahFizikNanoteknologiFabrikasi nanobahan atau peranti nanoelektronik yang bermula daripada bahan pukal. Contohnya, menyediakan nanowayar. Satu bilion komponen elektronik dapat difabrikasikan pada keluasan 1 cm2 menggunakan teknik litografi alur elektron berkuasa tinggi atau litografi sinar-X. Banding nanofabrikasi bawah-atas.
mastheadinulangan-Tiada1. Judul akhbar atau majalah yang dicetak di bahagian atas muka hadapan. 2. Senarai karyawan penting yang terlibat dalam penerbitan majalah atau surat khabar.
biocatalystbiomangkinBiologiTiada1. Mangkin berprotein yang dihasilkan oleh organisma hidup dan bertindak ke atas substrat khusus.,2. Enzim yang menyebabkan fermentasi.
1234

Kembali ke atas