Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ta.san] | اتسن

Definisi : (orang, golongan, pihak) yg lebih tinggi (pangkatnya, kedudukannya, dll): hal ini harus diselesaikan oleh pegawai ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ta.san] | اتسن

Definisi : yg lebih tinggi; yg di atas: orang ~ orang yg berpangkat tinggi; pembesar-pembesar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atasan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
filtering-down processproses penurasan ke bawahPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses pertukaran penghunian sesuatu kawasan perumahan apabila masyarakat bawahan memasuki kawasan yang dahulunya didiami oleh masyarakat atasan, apabila masyarakat atasan berpindah ke kawasan baharu yang lebih selesa.
upwellingpengalir atasanBiologiTiadaTiada
gentrificationkelompokan-atasanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
superior goodsbarang atasanEkonomiTiadaLihat barang normal.
upwellingmembuak, pengalir atasanGeologiTiadaTiada
middle classkelas menengahSains PolitikPolitik PerbandinganGolongan menengah atau kelas sosial yang berada di antara kelas atasan dengan kelas bawahan dalam masyarakat. Golongan ini dibentuk oleh kumpulan peniaga, profesional, birokrat, peladang dan pekerja mahir yang menjadikan golongan ini begitu kompleks. Walaupun begitu, golongan ini memiliki sifat sosial yang sepunya dan berkongsi kepentingan yang sama. Mobiliti sosial kelas ini terbuka untuk menerima anggota baru daripada kelas bawahan. Anggotanya juga boleh mendaki ke kelas atasan setelah memperoleh kejayaan yang tinggi. Kumpulan ini juga merupakan kelas yang berpendidikan dan cenderung melibatkan diri dalam penyertaan politik. Pembangunan demokrasi sesebuah negara bergantung kuat kepada kekuatan kelas menengah ini. Contoh kelas menengah ialah golongan profesional seperti doktor, jurutera, arkitek dan peguam. Sinonim kelas pertengahan.
aristocratgolongan bangsawanSains PolitikPolitik PerbandinganGolongan atasan yang menguasai pemerintahan sesebuah negara dan mempunyai kekayaan serta kedudukan ekonomi yang kuat. Golongan ini biasanya mempunyai pengikut yang besar dan setia serta banyak terdapat pada zaman feudal dan masih kekal sehingga sekarang. Walaupun begitu, pada masa kini golongan ini tidak lagi menguasai atau mendominasi politik dan ekonomi. Istilah aristokrat pula berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud sistem pemerintahan yang dikuasai oleh golongan yang terbaik. Contohnya, golongan Haciendas di Amerika Latin pada abad ke-l8 dan Lord atau Baron di England pada abad ke-15. Sinonim golongan aristokrat.
eliteelitSejarahTiadaKumpulan atau golongan orang atasan berdasarkan kedudukan sosial dan ekonomi yang tinggi.
power eliteelit berkuasaSains PolitikPolitik PerbandinganGolongan atasan yang mendominasi kuasa politik dan ekonomi dalam sesebuah masyarakat. Golongan ini mempengaruhi keputusan politik supaya mereka mendapat kelebihan dan keuntungan dari kedudukan tersebut. Jawatan penting dalam pemerintahan ekonomi dan pentadbiran disandang secara berganti-ganti di kalangan mereka tanpa memberi peluang kepada orang lain. Walau bagaimanapun, mobiliti sosial dalam penguasaan elit ini masih terbatas. Contohnya, elit yang menguasai perniagaan alat peperangan dan ketenteraan di Amerika Syarikat yang mempengaruhi dewan senat supaya melancarkan perang bagi kepentingan perniagaan mereka.
counter eliteelit sainganSains PolitikPolitik PerbandinganKelompok kelas atasan yang memberi saingan kepada kelompok elit yang selama ini mendominasi politik dalam sesebuah masyarakat atau negara. Elit saingan muncul kesan daripada proses sosialisasi yang terbentuk dalam masyarakat tersebut sama ada melalui pendidikan, pemodenan dan juga pendedahan terhadap ideologi luar. Kemunculan elit saingan ini sedikit sebanyak telah menggugat kedudukan dan dominasi elit yang telah lama bertapak dan berpengaruh khususnya dari aspek idea, nilai dan strategi. Misalnya, kemunculan kelas menengah Melayu kesan daripada pemodenan dan pendidikan telah memberi saingan kepada dominasi elit tradisional Melayu dalam strata masyarakat yang akhirnya telah mengambil alih teraju kepimpinan masyarakat Melayu.
1234

Kembali ke atas