plant growth regulator | pengawal atur pertumbuhan tumbuhan | Perikanan | Akuakultur | Molekul yang mempengaruhi perkembangan tumbuh-tumbuhan. Kebiasaanya, pengawal atur pertumbuhan tumbuhan ini sangat aktif pada kepekatan yang sangat rendah. Terdapat dua jenis pengawal atur pertumbuhan tumbuhan, iaitu pengawal atur pertumbuhan tumbuhan semula jadi dan pengawal atur pertumbuhan tumbuhan sintetik. |
mutual suspicion | saling curiga | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perihal hubungan antara dua atur cara yang saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Setiap atur cara sentiasa menganggap atur cara lain sentiasa berusaha melakukan hasad atau mengandungi kecacatan. Setiap atur cara memberikan capaian terhadap kepada antara muka sistem masing-masing. |
application program interface | antara muka atur cara aplikasi (API) | Teknologi Maklumat | Tiada | Perisian yang membolehkan atur cara aplikasi berinteraksi dengan atur cara lain. |
application programme interface (API) | antara muka atur cara aplikasi (API) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Perisian yang membolehkan atur cara aplikasi berinteraksi dengan atur cara lain. |
regulatory gene | gen pengawal atur | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Gen yang terlibat dalam kawal atur pengekspresan satu atau lebih gen-gen yang lain melalui tatacara penindas dan pengaktif. Gen ini mengawal atur pengeluaran protein melalui proses transkripsi gen dan membenarkan sel bertindakbalas dengan cepat kepada perubahan persekitaran. |
application proxy | proksi aplikasi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Atur cara aplikasi yang dilaksanakan pada sistem tembok api di antara dua rangkaian. Apabila satu atur cara aplikasi mewujudkan satu hubungan pada perkhidmatan destinasi, atur cara ini akan menghubungkan perkhidmatan destinasi ini kepada get laluan aplikasi atau proksi. Pelanggan kemudian berunding dengan pelayan proksi untuk membolehkan komunikasi dilakukan dengan perkhidmatan destinasi tersebut. Proksi biasanya akan mewujudkan hubungan dengan destinasi di belakang tembok api dan bertindak bagi pihak pelanggan, melindungi dan menyembunyi komputer induvidu pada rangkaian di belakang tembok api yang disediakan. Keadaan ini menyebabkan dua hubungan diwujudkan, iaitu hubungan di antara pelanggan dengan pelayan proksi dan hubungan di antara pelayan proksi dengan destinasi. Seterusnya, proksi akan membuat keputusan menghantar paket apabila hubungan ini terjalin. Memandangkan kesemua komunikasi dilakukan melalui pelayan proksi, komputer di belakang tembok api dapat dilindungi. |
layout | susun atur/tataatur | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu pelan yang menunjukkan susun atur terperinci yang dijadikan panduan dan rujukan dalam mengawal dan mengarahkan pembangunan. |
back door | pintu belakang | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Atur cara yang memberikan laluan tersembunyi untuk mencapai suatu sistem komputer dengan mengelakkan kaedah penyahihan biasa pengguna. Atur cara ini memberikan laluan melalui port rangkaian pada hos yang dijangkiti untuk dicapai apabila diperlukan. Contohnya, perisian Back Orifice merupakan perisian pintu belakang yang boleh dipasang oleh pengguna hasad untuk memberikannya kawalan jarak jauh dan capaian kepada sistem komputer dengan hak pentadbir sistem. Perisian Back Orifice ini diklasifikasikan sebagai kod hasad dan boleh dikesan oleh kebanyakan antivirus. |
self-garbling virus | virus swaherot | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang tersembunyi daripada perisian antivirus dengan mengherotkan susunan atur caranya supaya berlainan dengan tandatangan virus yang digunakan untuk mengecami virus berkenaan. Virus ini mempunyai atur cara khas yang mengandungi algoritma penyusunan bit untuk proses herotan. Algoritma penyusunan bit ini juga akan digunakan untuk mengembalikan virus ke bentuk asal sebelum proses jangkitan. |
typesetting | atur huruf | - | Tiada | Proses menyusun teks dan imej pada halaman berdasarkan reka letak dan spesifikasi yang ditetapkan. |