Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. jadual pelbagai acara (kegiatan dsb) yg telah ditetapkan utk dilaksanakan (biasanya dlm sesuatu upacara, persidangan, persembahan, dll): ~ persidangan adalah mengĀ­ikut aktiviti jawatankuasa dan kumpulĀ­an tertentu; masing-masing mempunyai ~ dan rancangan-rancangan tersendiri; 2. (Komp) urutan arahan berkod yg dimasukkan ke dlm komputer yg membolehkan data diproses (oleh komputer); pengaturcaraan (Komp) proses membuat atur cara komputer: dlm pendekatan ~, pelajar didedahkan kpd peranan komputer; pengatur cara 1. orang yg mengendalikan sesuatu majlis: ~ majlis; 2. (Komp) orang yg menganalisis sesuatu masalah dan menulis atur cara supaya data yg berkaitan boleh di-proses oleh komputer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 senarai urutan acara (perkara, pertunjukkan dll) yg diikut dlm sesuatu majlis dsb; program. 2 ist urutan arahan berkod yg dimasukkan ke dlm komputer utk membolehkan data diproses (oleh komputer). pengatur cara orang yg mereka bentuk, menulis, dan menguji atur cara komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atur cara


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mutual suspicionsaling curigaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerihal hubungan antara dua atur cara yang saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Setiap atur cara sentiasa menganggap atur cara lain sentiasa berusaha melakukan hasad atau mengandungi kecacatan. Setiap atur cara memberikan capaian terhadap kepada antara muka sistem masing-masing.
application program interfaceantara muka atur cara aplikasi (API)Teknologi MaklumatTiadaPerisian yang membolehkan atur cara aplikasi berinteraksi dengan atur cara lain.
application programme interface (API)antara muka atur cara aplikasi (API)Teknologi Maklumate-PembelajaranPerisian yang membolehkan atur cara aplikasi berinteraksi dengan atur cara lain.
application proxyproksi aplikasiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAtur cara aplikasi yang dilaksanakan pada sistem tembok api di antara dua rangkaian. Apabila satu atur cara aplikasi mewujudkan satu hubungan pada perkhidmatan destinasi, atur cara ini akan menghubungkan perkhidmatan destinasi ini kepada get laluan aplikasi atau proksi. Pelanggan kemudian berunding dengan pelayan proksi untuk membolehkan komunikasi dilakukan dengan perkhidmatan destinasi tersebut. Proksi biasanya akan mewujudkan hubungan dengan destinasi di belakang tembok api dan bertindak bagi pihak pelanggan, melindungi dan menyembunyi komputer induvidu pada rangkaian di belakang tembok api yang disediakan. Keadaan ini menyebabkan dua hubungan diwujudkan, iaitu hubungan di antara pelanggan dengan pelayan proksi dan hubungan di antara pelayan proksi dengan destinasi. Seterusnya, proksi akan membuat keputusan menghantar paket apabila hubungan ini terjalin. Memandangkan kesemua komunikasi dilakukan melalui pelayan proksi, komputer di belakang tembok api dapat dilindungi.
back doorpintu belakangTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAtur cara yang memberikan laluan tersembunyi untuk mencapai suatu sistem komputer dengan mengelakkan kaedah penyahihan biasa pengguna. Atur cara ini memberikan laluan melalui port rangkaian pada hos yang dijangkiti untuk dicapai apabila diperlukan. Contohnya, perisian Back Orifice merupakan perisian pintu belakang yang boleh dipasang oleh pengguna hasad untuk memberikannya kawalan jarak jauh dan capaian kepada sistem komputer dengan hak pentadbir sistem. Perisian Back Orifice ini diklasifikasikan sebagai kod hasad dan boleh dikesan oleh kebanyakan antivirus.
assembler programmeatur cara pemasanganKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPeraturan kerja pemasangan komponen kereta.
boot recordrekod butTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAtur cara untuk memulakan pengendalian komputer yang disimpan dalam sektor logik atau fizikal pertama yang dihubungkan kepada pemacu cakera. Terdapat dua jenis rekod but, iaitu rekod but induk yang berkaitan dengan struktur perkakasan dan cakera serta rekod but sistem, yang berkaitan dengan penunjuk kepada fail sistem pengendali.
EDVACEDVACTeknologi MaklumatTiadaAkronim bagi Electronic Discrete Variable Automatic Computer. EDVAC yang diperkenalkan pada tahun 1947 merupakan komputer berdigit elektronik yang memiliki atur cara terstor yang lebih maju berbanding ENIAC. EDVAC dibangunkan oleh Dr. John Mauchly dan J. Presper Eckert iaitu pereka yang turut membangunkan ENIAC. EDVAC lebih maju daripada ENIAC dan komputer lain yang sezaman dengannya kerana ingatan EDVAC lebih besar. Oleh itu EDVAC mampu menyimpan pelbagai atur cara di dalam ingatan yang menjadikannya komputer pelbagai guna.
EDVACEDVACTeknologi MaklumatTiadaAkronim bagi Electronic Discrete Variable Automatic Computer. EDVAC yang diperkenalkan pada tahun 1947 merupakan komputer berdigit elektronik yang memiliki atur cara terstor yang lebih maju berbanding ENIAC. EDVAC dibangunkan oleh Dr. John Mauchly dan J. Presper Eckert iaitu pereka yang turut membangunkan ENIAC. EDVAC lebih maju daripada ENIAC dan komputer lain yang sezaman dengannya kerana ingatan EDVAC lebih besar. Oleh itu EDVAC mampu menyimpan pelbagai atur cara di dalam ingatan yang menjadikannya komputer pelbagai guna.
access listsenarai capaianTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSenarai pengguna, atur cara dan spesifikasi kategori capaian yang diberikan kebenaran untuk mencapai sumber komputer tertentu.
123

Kembali ke atas