Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[au.to.bio.gra.fi] | اءوتوبيوݢرافي

Definisi : riwayat hidup yg ditulis sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[au.to.bio.gra.fi] | اءوتوبيوݢرافي

Definisi : riwayat hidup peribadi yg ditulis sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata autobiografi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
autobiographic fictionfiksyen autobiografiKesusasteraanTiadaFiksyen yang mengisahkan riwayat hidup pengarang sendiri. Fiksyen autobiografi berbeza dengan autobiografi. Hal ini demikian kerana dalam fiksyen ini, pengarang boleh merubah, menukar atau menokok tambah mana-mana teks bertujuan untuk melindungi atau menyembunyikan peristiwa yang sebenar. Kadangkala, perubahan atau pertukaran dibuat untuk memadankan atau menyesuaikan cerita yang dikisahkan itu dengan tuntutan struktur sebuah novel atau cereka. Bentuk cerekanya sama tetapi menggunakan tokoh ternama sebagai watak yang dikenali sebagai roman a clef. Fiksyen autobiografi sering menggunakan sudut pandangan orang pertama atau sudut pandangan orang ketiga. Dalam kesusasteraan Melayu, contoh fiksyen autobiografi dapat dilihat dalam novel al-Ayyam (Hari Demi Hari) oleh Taha Husayn, seorang penulis Mesir. Fiksyen autobiografi dikenali juga sebagai cereka autobiografi. Lihat juga aubiografi, autobiografi bersimulasi, roman � clef.
autobiographyautobiografiKesusasteraanTiadaRiwayat hidup pengarangnya sendiri. Autobiografi berlegar pada peristiwa yang dianggap penting dan menarik dalam kehidupan pengarang dan ditulis sendiri oleh pengarangnya secara berterusan. Autobiografi merupakan gabungan renungan dan ingatan pengarang yang kadangkala dibauri oleh imaginasi. Penulisan autobiografi biasanya panjang, iaitu hampir sama dengan memoir. Namun memoir lebih bertumpu pada suatu masa tertentu yang sejajar dengan peristiwa penting yang melibatkan tokoh penting, berbanding autobiografi yang lebih menekankan perkembangan diri penulisnya sendiri. Autobiografi berbeza dengan diari atau jurnal yang rata-ratanya tidak memperlihatkan pengisahan yang berterusan. Diari atau jurnal tidak mempunyai tujuan percetakan untuk bacaan khalayak seperti autobiografi. Bentuk penulisan sebegini telah dikenali terutamanya dalam kesusasteraan lama Mesir, namun istilah autobiografi ini mula digunakan oleh Southey pada tahun 1809. Pada tahap awalnya, autobiografi sering disamaertikan dengan sejarah seperti dala
memoirmemoirKesusasteraanTiadaBentuk tulisan autobiografi yang menceritakan peristiwa umum yang disaksikan pengarang, berbanding dengan kehidupannya sendiri. Justeru, tidak seperti kebanyakan autobiografi, memoir memfokus pada peristiwa luaran berbanding dengan perasaan dalaman pengarang. Memoir biasanya merakamkan periode dalam kehidupan pengarang yang selari dengan peristiwa sejarah yang penting. Contohnya, karya Lilian Hellman berjudul Pentimento dan Memoir Arena Wati: Enda Gulingku oleh SN Arena Wati. Lihat juga autobiografi.
autobiographyautobiografiKesusasteraanTiadaRiwayat hidup yang ditulis sendiri.
autobiographyautobiografiKomunikasiTiadaRiwayat hidup yang ditulis sendiri.
autobiographyautobiografiPendidikanTiadaRiwayat hidup yang ditulis sendiri.
autobiographyautobiografiKomunikasiTiadaRiwayat hidup yang ditulis sendiri.
autobiographyautobiografiPerpustakaanTiadaRiwayat hidup yang ditulis sendiri.
autobiographyautobiografiKesusasteraanTiadaRiwayat hidup yang ditulis sendiri.
family autobiographyautobiografi keluargaPendidikanTiadaTiada
12

Kembali ke atas