Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[au.to.ma.si] | اءوتوماسي

Definisi : sistem pelaksanaan tugas serta alat automatik yg pd keseluruhannya memboleh­kan pelbagai aspek dan proses kerja dilakukan dgn sedikit sahaja atau sama sekali tidak memerlukan tenaga manusia: tahun-tahun lapan puluhan pula memperlihatkan bank memberikan penekanan terhadap peng­gunaan komputer dan ~; mengautomasikan menjadikan sesuatu sistem (proses dsb) berjalan secara automasi: bebe­rapa langkah sedang diambil utk ~ sistem pengeluaran yg sedia ada; pengautomasian perihal atau proses meng­automasikan: ~ Pusat Sumber Sekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[au.to.ma.si] | اءوتوماسي

Definisi : sistem pelaksanaan tugas yg menggunakan mesin secara automatik yg pd keseluruhannya membolehkan pelbagai tugas dan proses kerja dilakukan dgn sedikit sahaja atau tidak sama sekali memerlukan tenaga manusia: Pd tahun 1980-an, bank memberikan penekanan terhadap penggunaan komputer dan ~. mengautomasikan menjadikan sesuatu berjalan secara automasi: Kumpulan itu berusaha utk ~ sistem pengeluaran yg ada. pengautomasian perihal atau proses mengautomasikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata automasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
automationautomasiEkonomiTiadaPenggunaan alat mekanik dan elektronik yang maju, seperti komputer, mesin kira, mesin pendua, dan robot, yang boleh membantu mempercepat proses sesuatu pengeluaran. Automasi meningkatkan daya pengeluaran dan mungkin mengurangkan penggunaan tenaga manusia. Automasi merupakan kesan daripada kemajuan teknologi.
anxietykebimbangan; kerisauanAntropologiTiadaBerkaitan dengan tekanan yang dialami oleh seseorang, dengan disertai oleh gangguan sistem saraf automasi dan disertai dengan rasa mual.
penetration signaturetandatangan penembusanTeknologi MaklumatKeselamatan Komputer1. Maklumat mengenai keadaan sistem atau kumpulan syarat yang perlu dicapai dalam sistem komputer dan juga aktiviti yang berlaku dalam sistem yang boleh memberi petunjuk bahawa percubaan menceroboh sedang dijalankan. 2. Maklumat mengenai langkah yang diambil atau kaedah yang digunakan oleh pengguna hasad atau proses automasi sebagai modus operandi semasa menceroboh suatu sistem komputer. Maklumat ini boleh disertakan ke dalam perisian keselamatan seperti sistem pengesanan pencerobohan untuk mengenali tingkah laku yang mungkin boleh membawa kepada pencerobohan.
estrangementpenganehanKesusasteraanTiadaStrategi penulisan untuk menjadikan sesuatu yang biasa menjadi luar biasa. Konsep ini dicipta oleh Victor Shklovsky daripada aliran Formalisme Rusia. Dalam eseinya �Art as Technique�, Chklovsky membincangkan bagaimana persepsi seseorang mengenai sesuatu objek atau keadaan menjadi automatik apabila perkara tersebut sudah lazim atau biasa dialami. Oleh itu, objektif sastera mencabar automasi dan kelaziman tersebut dengan mengembalikan sensasi seolah-olah pembaca pertama kali mengalaminya. Contohnya, sajak A. Ghafar Ibrahim berjudul �Tan Sri Bulan�. Beliau menganehkan objek layang-layang dengan menggambarkannya sebagai: Baju nipis dengan garang, menepis-nepis mengerang girang. Layang-layang merupakan suatu objek yang biasa dilihat sehinggakan kewujudannya tidak menghairankan lagi. A. Ghafar Ibrahim menganehkan layang-layang dengan menggambarkannya sebagai sehelai baju, dan beliau seterusnya mempersonifikasikan baju tersebut.

Kembali ke atas