Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. wap air yg bergumpal-gumpal di udara (kelihatan spt asap berwarna putih atau kelabu di langit): cahaya matahari menembusi ~ menyinari bumi; 2. corak ukiran; ~ bakat kuning awan yg kekuning-kuningan; ~ bakat merah awan yg kemerah-merahan; ~ belanda ukiran yg berbentuk daun-daun; ~ berarak a) awan yg bergerak; b) ukiran yg berupa daun yg berbelit; ~ berjentera ukiran yg berupa bulatan-bulatan; ~ berkeluk = ~ lingkungan ukiran yg berupa separuh bulatan; ~ bersilap ukiran yg berlekuk-lekuk; ~ biji timun ukiran spt biji timun; ~ bunga cengkih ukiran spt bunga cengkih; ~ cina ukiran yg berlekuk-lekuk; ~ dandan = ~ dendan = ~ selimpat ukiran spt anyaman; ~ gelugur ukiran yg berjalur-jalur; ~-gemawan berbagai-bagai rupa awan; ~ hitam mendung; ~ jawa ukiran yg separuhnya berupa daun-daun; ~ kelarai ukiran yg berupa petak-petak; ~-ke­mawan awan yg berkepul-kepul; ~ kera­wang ukiran yg tembus; ~ larat a) awan yg ber­pindah-pindah dibawa angin; b) sj ukiran yg coraknya berkait-kait; ~ mengandung hujan = ~ mendung awan hitam, mendung; ~ pengarak angin awan yg menandakan akan datang angin; ~ pintal ukiran yg berbelit-belit; ~ pucuk rebung ukiran yg merupai pucuk rebung; ~ tali air ukiran yg lurus-lurus; ~ tele­pok ukiran yg menyerupai bunga teratai; berawan diliputi awan: langit tidak ~;mengawan 1. menjadi atau tampak spt awan, menyerupai awan: burung bangau yg ter­bang itu putih ~ di udara; 2. meninggi, mem­bumbung tinggi (spt menuju ke awan): kemun­cak gunung itu tinggi ~; 3. terlalu tinggi (bkn hasrat, cita-cita, dsb): apa yg aku kehen­daki itu jauh ~, tak mudah tercapai;merawan berada di atas awan, setinggi awan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : wap air (seakan-akan asap rupanya) yg berkelompok-kelompok melayang di udara; mega: ~-gemawan berbagai-bagai jenis awan. ~ larat a. awan yg kelihatan berpindah-pindah dibawa angin. b. sj ukiran, lukisan dsb yg coraknya berkait-kait. berawan dilitupi awan: Hari panas, langit cerah tidak ~. mengawan 1 menjadi awan; menyerupai awan. 2 naik ke awan; tinggi sampai ke awan; tinggi sekali: Puncak Gunung Kinabalu itu tinggi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awan

Puisi
 

Awan berarak perlahan-lahan,
     Ditiup angin ke negeri Champa;
Hati sedih tidak tertahan,
     Ingin selalu hendak berjumpa.


Lihat selanjutnya...(52)
Peribahasa

Bulan mengambang dikandung awan.

Bermaksud :

Lelaki yang merindukan seorang perempuan, dan perempuan itu telah diambil oleh orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
crepuscular raysinaran krepuskularGeologiTiadaSinaran cahaya matahari ke arah timur yang menembusi awan-awan tebal biasanya jenis stratokumulus.
cloud LMSLMS awanTeknologi Maklumate-PembelajaranSistem yang dihos pada Internet dan dicapai dengan mengelog masuk ke tapak pembekal khidmat awan berkaitan. Dengan itu, pengguna tidak perlu memasang sistem pengurusan pembelajaran (LMS) di komputer mereka. Bagi pengguna berstatus pereka bentuk arahan atau pengguna sah, mereka hanya perlu menggunakan pelayar Internet untuk memuat naik kandungan, mencipta kandungan dan berkomunikasi dengan pelajar.
ceilingsilingMeteorologiTiada1. Ketinggian satu titik tertentu pada dasar awan terendah dari permukaan bumi yang jumlah awannya melebihi nilai tertentu. Siling juga disebut ketinggian dasar awan. 2. Ketinggian maksimum yang dapat dicapai oleh sesuatu objek, seperti belon, roket, pesawat udara, dan projektil yang berada di udara.
learning tools interoperability (LTI)saling kendali alat pembelajaran (LTI)Teknologi Maklumate-PembelajaranPiawaian yang menetapkan kaedah menggandingkan pelbagai aplikasi pembelajaran untuk dijalankan atas pelbagai platform pembelajaran. Contohnya, aplikasi pembelajaran AmazonKindle digandingkan dengan platform awan dan Android, iBook digandingkan dengan platform awan dan iOS, dan Google Classroom digandingkan dengan platform Windows, MacOS dan awan.
cloudawan-TiadaTeknologi yang menyimpan e-buku di pelayan penyedia dan boleh diakses oleh pengguna.
tag cloudawan kataTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaPaparan bentuk visual (kelompok kata) yang dijana pada kandungan dalam talian, yang biasanya menggunakan teks dan saiz fon berwarna untuk mewakili ketinggian atau kekerapan kata yang digambarkan.
cloud kitchendapur awanPentadbiran PerniagaanTiadaTempat atau kemudahan penyediaan makanan secara komersial dan berpusat dengan pelbagai jenama makanan untuk memenuhi pesanan makanan bagi perkhidmatan penghantaran sahaja melalui aplikasi seperti GrabFood, Foodpanda, Bungkusit dan sebagainya tanpa memerlukan ruang makan fizikal atau kaunter bawa pulang.
secured government cloud computingpengkomputeran awan kerajaan selamatTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTiada
heptastichsaptabarisKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi tujuh baris serangkap tetapi tidak dalam semua rangkapnya. Contohnya. puisi "Pada Setiap Kali Kau Tiba. Ogos" karya Kemala yang hanya rangkap pertama sahaja mengandungi tujuh baris. Pada setiap kali kau tiba, Ogos bumi dan hati ini melapangkan ruang buat kata hikmah harga diri awan hitam semalam awan hitam belenggu terbenam di kaki hari. (R:1, 7 baris) (R:2, 12 baris) (R:3, 9 baris)
ceiling balloonbelon silingMeteorologiTiadaBelon kecil yang digunakan untuk menentukan ketinggian dasar awan. Ketinggian ini boleh dikira daripada halaju kenaikan belon dan masa yang diperlukan untuk belon itu masuk ke dalam awam.
12

Kembali ke atas