prose rhythm | irama prosa | Kesusasteraan | Tiada | Irama yang dihasilkan oleh berbagai-bagai pergerakan, antaranya ayat-ayat yang seimbang, bentuk struktur, panjang pendek ayat, aturan persambungan dan kemerduan bunyi. |
communicative competence | kompetens komunikatif | Sosiolinguistik | Tiada | Kemampuan penutur jati pada pola formal bahasa pertama menghasilkan serta memahami ayat-ayat yang bersesuaian dengan konteks ayat yang diujarkan. |
auto-abstract | autoabstrak | Perpustakaan | Tiada | 1. Hasil terakhir daripada mesin yang menyediakan sesuatu petikan yang mengandungi ayat-ayat lengkap daripada sesuatu dokumen yang telah disarikan.,2. Memilih dan mengumpulkan kata-kata kunci daripada dokumen melalui kaedah mesin atau secara automatik untuk membentuk sari dokumen. |
code switch | alih kod | Sosiolinguistik | Tiada | Pengubahan kod daripada bahasa standard secara langsung dengan menggantikan kata-kala atau ayat-ayat dengan bahasa asing lazimnya bahasa lnggeris. |
deep structure | struktur batin | Linguistik | Tiada | Dalam tatabahasa generatif, pewujudan sintaksis abstrak sesuatu ayat, yang menentukan faktor yang mengawal interpretasi sesuatu ayat. Contohnya, ayat Ahmad memandu kereta dan memandu kereta, Ahmad ialah dua ayat yang mempunyai struktur dalaman yang sama. |
sentence compound | ayat majmuk ayat | Linguistik | Tiada | Tiada |
categorical sentences | ayat mutlak/ayat kategori | Kesenian | Tiada | Tiada |
anastrophe | anastrofe | Kesusasteraan | Tiada | Perubahan susunan atau kedudukan perkataan dalam ayat, menjadikan susunan ayat itu terbalik atau tidak lagi merupakan ayat yang lazim, biasa dan logis. |
inayat-ayat(Mur.) | inayat-ayat(Mur.) | Kesenian | Tiada | Motif anyaman berunsur haiwan berbentuk sayap kupu-kupu. |
khabar | khabar | Kesusasteraan | Tiada | Pembicaraan yang mengandungi kemungkinan benar atau dusta. Jika seseorang mengucapkan suatu ayat yang sempurna, kita dapat menilai bahawa ayat itu benar, maka dapatlah ditetapkan ayat tersebut sebagai kalam khabari. Ayat dikatakan benar jika maknanya sesuai dengan realiti, dan dikatakan dusta jika sebaliknya. Contohnya, ungkapan �ilmu itu memberikan manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh difahami dan diakui kebenarannya oleh umat manusia seluruhnya. Manakala ungkapan �kejahilan itu adalah suatu manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh ditolak kesahihannya. Oleh itu, sesuatu khabar boleh diketahui kebenaran dan kedustaannya dengan merujuk kepada kenyataan sebenar dan situasi fakta itu Dalam bahasa Arab, khabar bermaksud �berita�. Dari segi bahasa secara umumnya, khabar bermaksud �pemberitahuan atau pemakluman�. Lihat juga ilmu al-ma�ani. |