dialect | dialek | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk bahasa atau diksi menurut kesesuaian pengguna bagi sesuatu tempat. Contohnya, penggunaan dialek Kelantan dalam puisi "Awang Gedebe" karya A. Aziz Deraman. |
plain style | gaya lugas | Kesusasteraan | Puisi | Cara penciptaan yang sederhana, dalam mengungkapkan pemikiran. Contohnya, dalam Pengantin Laut rangkap pertama puisi "Musim Bah" karya J.M. Aziz di bawah. Sinonim gaya bersahaja. Tahun menjelang musim berubah kelam langit mengandungi hujan angin dan ombak bergelora lautan maka berlakulah bah. |
heptasyllabic | saptasuku | Kesusasteraan | Puisi | Tujuh suku kata dalam setiap baris yang terdapat pada sesuatu rangkap. Contohnya. baris yang menerapkan saptasuku ini dapat dilihat pada baris pertama puisi "Laut" karya J.M. Aziz ini. La/ut ber/bu/nga i/kan 2 3 2 |
demotic style | gaya sehari-hari | Kesusasteraan | Puisi | Pengucapan atau penyampaian yang digunakan oleh penyair dalam puisi yang dihasilkan bersesuaian dengan penggunaan sehari-hari. Contohnya, puisi dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. |
dramatic lyric | lirik dramatik | Kesusasteraan | Puisi | Ujaran yang dilahirkan oleh watak dalam puisi yang dicipta. Citra yang dituturkan berkemungkinan berhubungan dengan diri seseorang, sewaktu menghadapi sesuatu suasana atau fenomena. Contohnya, puisi "Aku Nelayan" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. aku nelayan warisan perahu rakit pukat jala milik orang segala-galanya harta kami tenaga Iara, aku nelayan di jurang resah keluarga tanpa matahari esok ke mana? tak siapa bertanya dari sebak hati |
head rhyme | rima awal | Kesusasteraan | Puisi | Pembentukan rima pada suku kata awal perkataan baris sesuatu rangkap atau sesebuah puisi. Perkataan tersebut menjadi objek dan persoalan utamanya. Contohnya, rima awal yang terdapat pada empat baris pertama puisi "Kecaplah Kecap" karya J.M. Aziz. lkan golek ikan panggang kunyit ikan masak kicap ikan gulai lemak |
dieresis | pemenggalan | Kesusasteraan | Puisi | Memotong atau mengerat pembahagian idea atau pemikiran yang bersifat menjemukan pada baris atau kelompok kata sehingga menjadi rangkap. Ada kalanya perbezaan dalam melakukan pemenggalan akan membawa kepada perbezaan erti. Contohnya, puisi "Malam Ini" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. Malam ini (seperti malam-malam yang lalu) kulihat ia selalu menguntum senyum ketika menyambut ketibaanku untuk bersatu dan berlakon, cerita anak pelaut memburu hidup pemburu maut. |
lyric poetry | puisi lirik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang sangat peribadi sifatnya. Apabila puisi lirik ini dibaca secara senyap atau dideklamasikan, kesannya akan menyentuh perasaan dan hati nurani pembaca atau pendengar. Contohnya, puisi "Berkolek Bersajak (i)"' dan "Berkolek Bersajak (ii)" dalam antologi Pengantin Laut karya J.M. Aziz. |
octosyllabic | astasuku | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang setiap baris terbentuk daripada beberapa perkataan yang mempunyai lapan suku kata. Walau bagaimanapun pembinaan suku kata demikian pada setiap baris dalam sesuatu rangkap atau rangkap sesebuah puisi itu adalah jarang-jarang digunakan. Contohnya, petikan puisi "Bersama Ombak" dalam kumpulan Pengantin Laut, karya J.M. Aziz. Di/ ba/wah te/ma/sya sen/ja 1 2 3 4 5 6 7 8 |
masculine ending | akhiran ekasuku | Kesusasteraan | Puisi | Pemilihan diksi atau kata yang digunakan di hujung setiap baris, rangkap ataupun puisi. Umpamanya berakhir dengan kata yang, pun, sah, tak, dan, kau, nun dan sebagainya. Walau bagaimanapun dalam penciptaan puisi Melayu, kata-kata yang terdiri daripada ekasuku ini jarang-jaranz sekali digunakan di akhiran. Contohnya, puisi ''Musim Bah" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. |