act | babak | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian dalam sesuatu cerita, lakonan atau sandiwara. Babak juga merupakan elemen struktur mekanikal dalam drama. Contohnya, sesetengah drama Shakespeare mempunyai lima babak, sementara drama Ibsen mempunyai empat babak. Kebanyakan drama moden pada kukun ke-20 boleh dibahagikan kepada tiga babak sahaja. Babak pula dibahagikan kepada beberapa adegan dan setiap adegan diolah untuk menyumbang kepada pengaliran cerita. Lihat juga adegan. |
obligatory scene | adegan wajib | Kesusasteraan | Tiada | Konvensi dramatik yang merupakan satu babak yang perlu disediakan oleh pengarang dalam perkembangan plot drama atau teater. Konvensi ini amat diharapkan oleh khalayak. Adegan wajib memberi kesan emosi yang memuncak dalam drama. Contohnya, dalam drama Hamlet karya Shakespeare, babak pertembungan antara Hamlet dengan ibunya ialah adegan wajib yang dijangkakan oleh khalayak dan memberikan kesan emosi yang mendalam. Dalam filem Hang tuah, adegan wajib yang meruntun perasaan khalayak ialah pertarungan maut antara Hang Tuah dan Hang Jebat. |
act | babak | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian utama dalam drama yang terdiri daripada beberapa adegan. |
act | berlakon; tindakan (UDG); babak | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
complication | ruwetan | Kesusasteraan | Tiada | Halangan yang wujud dalam naratif atau drama yang menyebabkan jalan cerita berubah atau menyimpang daripada plot yang sedang dikembangkan. Halangan ini biasanya muncul secara mendadak atau tiba-tiba dalam bentuk konflik atau kerumitan. Contohnya, apabila kuasa yang bertentangan bertembung atau munculnya maklumat baharu tentang watak atau situasi yang menambahkan masalah, atau timbulnya salah faham. Kerumitan ini diselesaikan dalam bahagian peleraian cerita. Dalam tragedi lima babak, babak kedua sering dikenali sebagai �babak keruwetan�. Lihat juga aksi, aksi menaik, peleraian. |
scene | adegan | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian kecil dalam babak yang memaparkan aksi berurutan dalam satu latar tempat yang tidak berubah. |
ornament | hiasan | Kesusasteraan | Tiada | Gaya prosa yang rumit, tertib dan ostentatious yang digunakan dalam pensejarahan sastera Russia. Dalam kesusasteraan Melayu, gaya tersebut mungkin boleh dilihat dalam sastea hikayat semasa memerikan babak upacara dan adat resam istana. Pemerian ini disebut oleh Bausani sebagai �hiasan keupacaraan� yang banyak dimuatkan dalam karya hikayat Melayu. Babak dalam upacara sering kali diperikan dengan bahasa yang stailistik, tersusun dan tertib untuk mencerminkan budaya yang halus dan sempurna. Lihat juga kesantunan. |
scenography | sinografi | Kesusasteraan | Tiada | Seni reka pentas untuk menampilkan objek atau babak dalam pementasan. |
talibun | talibun | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang bebas dan menggunakan bahasa berirama, biasanya melebihi empat baris dan tidak terikat dengan skema rima di hujungnya. Puisi ini mengandungi pemerian tema, adegan, dan babak yang biasanya terdapat cerita penglipur lara. Talibun merupakan formula atau frasa tetap yang diulang-ulang dalam konteks dan maksud yang sama dalam sesebuah cerita. Bahasa talibun tersusun dalam dalam bentuk yang tidak teratur, dan baris-barisnya berirama tetapi tidak mengandungi pola rima yang tertentu. Talibun dipenuhi dengan pernyataan kodi yang digunakan oleh penuturnya untuk membantu hafalan dan mengingat kembali. Bahasa talibun berirama dan berentak, menjadi selingan dan hiasan dalam cerita, dan terserlah keindahan bunyi dalam penyampaian lisan. Contoh ungkapan untuk memerikan babak atau tema menghadap adalah seperti yang berikut: Dari jauh menjunjung duli, Sudah dekat langsung menyembah, Terangkat kadam jari sepuluh, Kuncup bagai salur bakung, Jari bagai susun sirih. Talibun dikenali juga sebagai sesomba. |
back drop | tirai latar | Kesusasteraan | Tiada | Tirai, dinding atau skrin di ruang belakang set pentas bagi menggambarkan latar yang bersesuaian dengan babak tertentu. |