Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.bi] | بابي

Definisi : 1. sj binatang mamalia yg berbadan gemuk, berkaki pendek, berkulit tebal, dan bermuncung (diharamkan bagi orang Islam); 2. bk kata makian yg digunakan kerana marah (sangat benci akan seseorang, sesuatu, dsb); 3. nama kartu (dlm permainan ceki); ~ alu tenuk; ~ balar babi putih; ~ bodoh = ~ janggut sj babi, Sus barbatus; ~ duyung sj binatang laut yg bentuk badannya menyerupai babi; ~ hutan babi yg liar; ~ laut sj binatang laut yg berbulu-bulu; ~ nangoi sj babi hutan yg kecil; ~ rantai = ~ tunggal babi hutan yg tidak berkawan; ~ rusa sj babi hutan yg bertaring panjang, Babyrousa babyrussa; ~ tanah sj binatang kecil yg makan semut; bagai ~ merasa gulai prb dikatakan kpd orang yg hendak menyama-nyamai orang besar (kaya dll); membabi; ~ jalang berzina, bermukah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.bi] | بابي

Definisi : ; ~ kurus sj tumbuhan (pokok), berasberas, kasir, kedondong matahari, kempas roman, pauh kijang, Trigonochlamys griffithii; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), getang-getang, ketumbi padang, tutup bumi paya, Synedrella nodiflora. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.bi] | بابي

Definisi : beberapa jenis binatang yg bermuncung panjang, berkulit tebal dan berbulu kasar yg haram lagi najis di sisi agama Islam (ada yg liar dan ada yg dipelihara), Sus spp.. membabi bertingkah laku spt babi. ~ buta melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata babi

Puisi
 

Anak babi memakan siput,
     Siput bercampur batang keladi;
Kasihkan padi buangkan rumput,
     Kasihkan rumput buangkan padi.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Diidam seperti babi lemak.

Bermaksud :

Dendam yang tak habis. diidam = menaruh dendam.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
boarbabi jantanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan jantan yang sudah mencapai umur sesuai untuk membiak yang dikhususkan kepada babi. Umur babi jantan dewasa yang sesuai digunakan sebagai baka ialah 8 bulan.
pigletanak babiPenternakanGenetik dan PembiakbakaanBabi yang baru dilahirkan sehingga mencapai umur empat minggu.
litter sizesaiz seperindukPenternakanGenetik dan PembiakbakaanBilangan anak yang dihasilkan pada satu-satu kelahiran. Contoh purata saiz seperinduk babi ialah 12 ekor.
polyoestrouspoliestrusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSalah satu jenis kitaran estrus yang berlaku pada haiwan secara berturutan pada sepanjang tahun. Contoh haiwan yang mempunyai poliestrus ialah lembu dan babi.
foetal defectkecacatan fetusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKecacatan yang berlaku pada haiwan semasa lahir, sama ada disebabkan oleh faktor genetik atau bukan genetik ketika pranatal. Contoh kecacatan fetus ialah dubur buntu pada babi.

Kembali ke atas