closet drama | drama bacaan | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang biasanya berbentuk puisi yang lebih sesuai dibaca daripada dilakonkan di pentas. Biasanya, drama bacaan dibaca untuk kelompok penonton kecil dan khas, terutamanya di ruang tamu. Contohnya, drama Samson Agonistes oleh Milton dan Pippa Passes oleh Browning. Contoh sastera Nusantara ialah Jalan Mutiara oleh Sitor Situmorang (1954) dan Petang di Taman oleh Iwan Simatupang (1966). Dalam Kesusasteraan Arab, contoh drama bacaan ialah Masrahiyat Muhammad oleh tawfiq al-Hakim. Drama bacaan dikenali juga dengan nama drama bilik tamu. |
diacritic | diakritik | Kesusasteraan | Tiada | Tanda bacaan tertentu yang terdapat pada bahagian atas atau bahagian bawah sesuatu huruf untuk menunjukkan cara sebenar bunyi sesuatu perkataan disebut. Tanda bacaan berkenaan penting apabila melibatkan aktiviti pertuturan lisan atau penggunaan bahasa berkenaan. Contohnya, diakritik tulisan Arab kepada tulisan Rumi. Dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional, unsur diakritik sangat diperlukan dalam filologi, khususnya berkaitan dengan kerja transkripsi dan transliterasi teks Melayu Jawi (berasaskan abjad Arab) ke tulisan Rumi. Teks Melayu tradisional kaya dengan penggunaan bahasa daerah dan bahasa Arab. Transkripsi atau transliterasi sesuatu perkataan terutamanya bahasa daerah atau Arab halus dibuat dengan tepat agar bunyi asal sebutan perkataan berkenaan dapat dikekalkan. Lihat juga al-majdz al-�aqli� |
bar reading exercise | latihan bacaan berhalang | Sains Kesihatan | Tiada | Latihan penglihatan untuk merawat ambliopia dan abaian. |
bar reading test | ujian bacaan berhalangan | Sains Kesihatan | Tiada | Ujian untuk menentukan kehadiran penglihatan binokular. |
direct-reading emission spectrograph | spektograf pancaran bacaan langsung | Kimia | Kimia Analisis | Alatan yang digunakan untuk mengesan dan mengukur keamatan pancaran atom daripada unsur-unsur di dalam suatu sampel yang telah diuja dalam arka, bunga api ataupun plasma secara langsung dan serentak, dengan menggunakan satu siri fotopengganda. Hasil pengukuran ini memberi kepekatan setiap unsur dalam sampel itu. |
reads per kilo base per million (RPKM) | bacaan per kilo bes per juta (RPKM) | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Unit yang digunakan untuk menentukan tahap pengekspresan transkrip. |
misprision | silap tanggap | Kesusasteraan | Tiada | Salah bacaan atau salah fahaman. Kesilapan ini sebenarnya taktik defensif yang diamalkan penyair apabila mencipta puisinya sebagai reaksi menentang kehebatan penciptaan puisi penyair yang terdahulu daripadanya. Langkah ini dianggap perlu dalam pembaharuan proses penciptaan karya, khususnya puisi. Justeru, pembaca digalakkan mengiterpretasikan puisi dengan cara ini. Istilah ini dicipta oleh Harold Bloom dalam bukunya bertajuk Anxiety of Influence. |
hemodynamic monitoring | pemantauan hemodinamik | Kejururawatan | Tiada | Pemantauan bacaan hemodinamik seperti tekanan darah, keluaran kardiak dan tekanan vena pusat dengan menggunakan alat tertentu. |
calibration curve | keluk tentukuran | Kimia | Kimia Analisis | Plot bacaan isyarat seperti serapan atau pancaran melawan kepekatan piawai. Plot ini digunakan untuk menentukan kepekatan yang tidak diketahui. |
drama | drama | Kesusasteraan | Tiada | Karya sastera yang dicipta untuk bacaan dan persembahan. |