sonic search | gelintar sonik | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Ciri yang merujuk kepada unit rencana yang membolehkan pengimbasan cepat untuk mencari bahagian permulaan dan akhir dokumen yang dirakam. |
exordium | eksordium | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian permulaan, pengenalan atau mukadimah dalam sesuatu teks. Eksordium merupakan bahagian yang penting dalam sesuatu teks kerana ia memberikan maklumat awal kepada pembaca tentang sejarah penulisan, tujuan, dan isi kandungan teks berkenaan. Bahagian eksordium diikuti dengan isi teks, dan diakhiri dengan bahagian kolofon. Biasanya, eksordium mengandungi keterangan atau maklumat tentang nama pengarang, asal-usul, tujuan, tempat serta tarikh teks ditulis. Terdapat juga eksordium yang mengandungi puji-pujian terhadap Tuhan atau sanjungan kepada tokoh tertentu. Eksordium terdapat dalam karangan prosa dan puisi. Contoh eksordium dalam kesusasteraan Melayu dapat dilihat dalam bahagian mukadimah teks seperti Taj al-Salatin dan Bustan al-Salatin. Lihat juga kolofon. |
prologue | prolog | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian pembukaan atau permulaan sesebuah karya. Prolog merupakan sejenis pengantar yang menjadi sebahagian daripada sesebuah karya tetapi bukan pengenalan. Prolog adalah sebahagian daripada karya sastera tersebut. Prolog sering digunakan dalam drama pada abad ke-17 dan 18 Masihi dan biasanya berbentuk puisi, namun prolog juga ditemui dalam novel. Contoh prolog yang terkenal ialah General Prologue to the Canterbury Tales oleh Chaucer. Contoh Indonesia ditemui dalam karya Ken Arak dan Ken Dedes oleh M. Yamin. Prolog berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �sebelum ucapan�. |
narrative hook | pemikat naratif | Kesusasteraan | Tiada | Kedah penulisan pada bahagian pengenalan atau permulaan sesebuah karya yang dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan. Pengenalan cerita yang menarik akan memberi kesan yang baik kepada pembaca, menimbulkan tanda tanya atau suspens yang mampu menggerakkan minda atau emosi pembaca untuk terus mengikuti isi cerita. Antara bentuk pemikat naratif yang biasa ialah pengarang memulakan cerita dengan peristiwa yang mengejutkan, pembunuhan, kemalangan yang mengerikan atau melalui kenyataan yang paradoks dan luar biasa sifatnya. Lihat juga paradoks. |
prophase | profasa | Biologi | Tiada | 1. Tahap pertama proses mitosis, iaitu apabila kromosom mulai muncul sebagai bebenang halus dan panjang, kemudian memendek dan menebal. Kromosom ini di bahagian kepada dua kromatin yang saling berdampingan. Proses opembahagian ini berlaku, sama ada pada permulaan tahap profasa atau sebelum proses profasa bermula dengan nyata. 2. Tahap leptoten meiosis. |
menora | menora | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan teater tarian rakyat yang menggunakan unsur-unsur tari, muzik dan ucapan. Pada suatu ketika dahulu, menora merupakan teater popular di selatan Thailand. Menora mempersembahkan cerita-cerita Buddhist Jataka, cerita dongeng dan mitos. Antara cerita tempatan yang dipersembahkan ialah Peak Prod � Pahlawan Kedah, Lakanawong �Pahlawan Thai, Chau tha Kirruk � isteri curang, Sinrad � tentang seorang suami yang mencari isterinya yang telah dilarikan oleh raksasa, Chaychid � putera remaja, perkelahian dan pembunuhan di antara isteri-isterinya, Darawong � cerita cinta, Chaukrey � cerita seorang Puteri Manora, dan Khrubuk � cerita Pahlawan Thai. Persembahan menora hampir sama seperti makyung, iaitu mengabungkan unsur-unsur dialog, muzik dan tari. Kumpulan muziknya mengandungi alat-alat pi (serunai), klong (sebiji geduk), tharp (sepasang gedombak), mong, cing dan cerek. Gerak tari merangkumi 12 peringkat abjad tari yang ditunjukkan dalam persembahan pembukaan Sembah Guru � Wai kru. Antara lain gerak tari mengiringi nyanyian pada akhir setiap adegan atau pada permulaan adegan apabila watak memperkenalkan dirinya. Watak utama dalam menora ialah: (a) Watak kayangan seperti dewa, gergawi, raksasa, kinaree. (b) Watak kaum kerabat diraja seperti raja, permaisuri, putera dan puteri. (c) Peran atau pelawak. (d) Orang biasa seperti dayang dan orang kampung. Struktur persembahan menora merangkumi empat bahagian, iaitu: (a) Wai kru � sembah guru. (b) Wrai na tret � tarian dan nyanyian. (c) Leukamprat pleng ton � watak utama menyembah gendang. (d) Cabbot � cerita. Asal usul menora masih lagi kabur dalam mitos dan dongeng. Menora dibawa masuk dari selatan Thailand ke Kelantan yang dahulunya merupakan jajahan Negara Thai. Pada tahun 1950, menora dipentaskan di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk meraikan perayaan hari Wesak (hari kelahiran Buddha), Hari Thambun (upacara berhala), upacara menandakan kesyukuran dan sebagai persembahan komersial. Menora dikenali sebagai nora. Lihat juga makyung. |