Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.han] | باهن

Definisi : 1 barang-barang yg akan dijadikan benda-benda lain; ramuan utk membuat sesuatu: Emak sedang membeli ~ utk dibuat kuih. 2 butir-butir utk perbincangan, penulisan dll. ~ api benda spt arang batu, minyak, kayu dsb yg dibakar utk mendapatkan tenaga haba. ~ kimia 1 sebarang bahan, sama ada unsur atau sebatian, yg digunakan utk melakukan tindak balas kimia dan menghasilkan bahan kimia lain. 2 bahan yg disediakan secara buatan (di kilang dsb) utk tujuan pembersihan, pembasmi kuman dsb, dan boleh mendatangkan kesan buruk pd kulit. ~ letupan bahan yg mudah meletup atau diletupkan dgn menghasilkan haba yg banyak apabila terkena kejutan, geseran atau cucuhan api. ~ pencemar ist sesuatu (spt asap kilang, debu) yg mencemarkan persekitaran. ~ pengawet ist bahan kimia yg digunakan utk mengawetkan sesuatu supaya tidak rosak atau tidak busuk. ~ tambah ist sesuatu bahan yg dicampurkan ke dlm bahan utama, lazimnya dlm kepekatan yg rendah utk tujuan tertentu, mis bahan penstabil dan bahan pengawet. ~ uji bahan yg digunakan di dlm makmal utk tujuan analisis kimia. perbahanan pelbagai bahan atau data utk kajian, penyelidikan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahan

Peribahasa

Rosak tapai kerana ragi.

Bermaksud :

Pekerjaan gagal kerana kurang hati-hati waktu melakukannya. ragi = bahan atau zat untuk membuat tapai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bowdlerisesaring moralKesusasteraanTiadaMenapis dan membuang bahan-bahan yang tidak diingini dalam karya kesusasteraan. Bahan-bahan tersebut biasanya terdapat dalam novel, cerpen dan drama, mungkin bercanggah dari segi moral dan norma sesebuah masyarakat. Contohnya, buku sekolah sering disaringmoralkan kerana terdapat bahan-bahan yang dianggap tidak sesuai untuk bacaan para pelajar.
powderserbukKesenianHiasan DalamanBahan berbutir yang telah diserapi dengan cecair, bahan cuci, dan bahan-bahan cucian lain yang disediakan untuk membersihkan karpet. Bahan sediaan ini ditabur ke atas karpet pail menggunakan berus. Bahan ini dibiarkan seketika supaya menyerap segala kotoran, dan kemudian dibersihkan dengan menggunakan vakum.
impuritybahan pencemarHerbaTiadaSebarang bahan selain yang dinyatakan dalam spesifikasi bahan mentah atau sediaan herba. Bahan pencemar terdiri daripada bahan organik, hasil pemprosesan atau bahan fitokimia semula jadi. Bahan ini mungkin tercampur secara sengaja atau tidak. Bahan ini biasanya dikesan melalui analisis mikroskopi dan kromatografi. Kehadiran bahan pencemar lazimnya merendahkan kualiti bahan mentah dan sediaan herba. Contohnya, serbuk akar tongkat ali dicemar dengan serbuk bahagian lain tongkat ali dan bahan pencemar alkali hasil pemprosesan minyak soya.
excipient interactioninteraksi bahan pengisiSains KesihatanTiadaTindak balas bahan-bahan tidak aktif dalam ubat.
upholsteryupholsteriKesenianHiasan DalamanFabrik dan bahan-bahan lain untuk membalut kerusi, sofa, dan sebagainya.
certosinasertosinaKesenianHiasan DalamanTeknik menginlaikan bahan yang berwarna cerah ke dalam bahan yang berwarna gelap bagi menghasilkan suatu reka bentuk perhiasan. Bahan-bahan inlai ini biasanya terdiri daripada gading, kayu cerah atau tulang.
mountantbahan pelekapHerbaTiadaReagen kimia yang membantu pemerhatian struktur tisu dan sel dalam bentuk yang utuh di bawah mikroskop. Bahan pelekap dititiskan pada bahan herba serbuk atau yang dihiris sebelum dianalisis secara mikroskopi. Terdapat tiga jenis bahan pelekap, iaitu bahan pelekap umum, bahan pelekap penjernih dan bahan pelekap pewarna. Bahan pelekap umum seperti alkohol, gliserol dan kresol digunakan untuk melihat kesemua jenis struktur tisu dan sel. Bahan pelekap penjernih seperti kloral hidrat digunakan untuk melarutkan sebahagian kandungan sel (contohnya, klorofil) atau dinding sel (contohnya, kanji) supaya struktur tisu dan sel yang lain (contohnya, sel parenkima, trikom dan kristal oksalat) menjadi lebih lut sinar. Bahan pelekap pewarna seperti floroglusinol, iodin dan Sudan III digunakan untuk mewarnakan sebahagian kandungan sel (contohnya, kanji dan minyak) atau dinding sel (contohnya, vesel dan serat).
air quality standardpiawai kualiti udaraSains KesihatanTiadaPiawai nilai kepekatan maksimum bahan-bahan toksik yang dibenarkan di dalam udara.
all-over designreka bentuk penuhKesenianHiasan DalamanReka bentuk yang meliputi seluruh bahagian ruang. Bahan- bahan kemasan yang memenuhi ruang adalah sama, tanpa menampilkan sebarang hiasan yang berlainan atau terlalu menonjol.
nanocompositenanokompositFizikNanoteknologiBahan yang terhasil daripada penambahan beberapa peratus bahan tertentu bersaiz nano ke atas suatu bahan asas. Sifat fizik bahan komposit adalah seperti kekonduksian elektrik, terma atau kekuatan mekanik berbeza secara drastik daripada sifat bahan asal. Bahan bersaiz nano tersebut dapat terdiri daripada nanotiub atau nanozarah.
12345678910...

Kembali ke atas