bomb calorimeter | kalorimeter bom | Veterinar | Tiada | Peralatan yang digunakan untuk mengukur kandungan tenaga kasar dalam sesuatu bahan organik. Bahan organik tersebut dioksidakan di dalam bekas tertutup dengan oksigen (O2) bertekanan tinggi. Haba yang dihasilkan merupakan tenaga kasar yang diukur berasaskan kepada perbezaan suhu dengan unit kalori atau joule. |
saprobe | saprob | Biologi | Mikologi | Organisma yang menggunakan bahan-bahan organik daripada hidupan yang sudah mati dan reput sebagai sumber makanannya. |
saprozoic | saprozoik | Biologi | Ekologi | Berkaitan dengan organisma yang memakan bahan-bahan organik daripada benda-benda yang mati atau mereput. |
primary migration | penghjrahan primer | Kejuruteraan | Petroleum | 1) Perpindahan hidrokarbon dalam bentuk tertentu dari batu punca ke batuan reserbor. 2) Pelepasan hidrokarbon matang keluar dari batuan punca. Dengan kata lain, hidrokarbon yang baharu sahaja terbentuk daripada bahan-bahan organik yang terdapat dalam batuan punca, bergerak serta bercerai daripada bahan-bahan organik tersebut. |
actinomycetes | aktinomiset | Biologi | Ekologi | akteria serupa kulat yang terlibat dalam perguraian bahan-bahan organik; bakteria ini mungkin bertangungjawab memberikan bau dan rasa tertentu pada bekalan air. |
antidating | tarikh ke belakang | Sejarah | Tiada | Kaedah pentarikhan yang menentukan usia relatif bahan-bahan organik purba dengan menganggarkan tarikh tersebut secara ke belakang. |
adsorption complex | kompleks penjerapan | Pertanian | Tiada | Bahan-bahan organik dan bukan organik yang berupaya menjerap ion dan molekul. |
biodegradable organics | bahan organik biorosot | Kejuruteraan | Tiada | Bahan organik yang boleh diuraikan oleh mikroorganisma dalam tempoh tertentu. |
aerobic respiration | respirasi aerob | Kimia | Biokimia | Respirasi tisu yang memerlukan oksigen untuk menguraikan bahan-bahan organik. Respirasi ini membebaskan ATP dengan kadar yang lebih tinggi berbanding dengan respirasi anaerob. ATP ini akan dioksidakan dan tenaga yang disimpan di dalam ATP akan dibebaskan. |
nonbiodegradable organic | bahan organik tak biorosot | Kejuruteraan | Tiada | Bahan organik yang tak biorosot, contohnya asid tanik, lignik, selulosa dan fenol. |