Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa I

Puisi
 

Apa dijual apa dibeli,
     Mari sukat gantang Ali;
Bahasa tak boleh dijual beli,
     Dari hidup sampai mati.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Sebab bahasa menunjukkan bangsa.

Bermaksud :

Budi bahasa yang halus menunjukkan bangsa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
translationterjemahanKesusasteraanTiadaProses pemindahan daripada bahasa yang digunakan dalam teks (bahasa sumber) ke dalam bahasa lain (bahasa sasaran). Terjemahan dihasilkan dengan menggunakan pelbagai kaedah berdasarkan tiga prinsip umum yang berlainan seperti yang berikut: (a) Terjemahan perlu merujuk teks asal dari segi bentuk, prosodi, dan leksikon. (b) Nilai sastera tidak sepenting isinya, dan nilai ini tidak dapat diterjemahkan sepenuhnya, (c) Kesan kesusasteraan teks dalam karya terjemahan dianggap penting. Oleh itu, bentuk, prosodi dan leksikon boleh diubahsuai mengikut budaya dan kesesuaian bahasa sasaran. Melalui ketiga-tiga prinsip tersebut, terjemahan boleh dihasilkan secara literal, longgar, atau diadaptasikan. Terjemahan literal melibatkan pemindahan bahasa pada tahap perkataan tanpa menghiraukan perbezaan sistem ungkapan dan imejan antara sumber dengan bahasa sasaran. Terjemahan longgar pula mengekalkan nada, semangat dan kesan penulisan sesebuah teks, kadang-kadang sehingga terpaksa mengorbankan atau mengkrompromikan �kesetiaan� terhadap teks asal. Terjemahan yang diadaptasikan merupakan terjemahan paling longgar kerana melibatkan penulisan semula yang mengekalkan ciri karya asal secara umum dan meluas. Contoh karya terjemahan ialah novel Naratif Ogonshoto oleh Anwar Ridhwan yang diterjemahkan ke bahasa Rusia oleh Victor Pogadaev berjudul Bili i Ne bili Ostorovov Oghonshoto, novel Ustaz karya S. Othman Kelantan di terjemahkan ke bahasa Arab oleh Sultan Ahmad dan Mujahid Mustafa Bahjat berjudul al-Ustadh. Contoh dalam sastera Arab ialah novel Shikaju oleh �Ala� al-Aswani diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Farouk Abdel Wahab berjudul Chicago, manakala contoh karya Turki ialah novel Benim Adim Kirmizi oleh Orhan Pamuk yang diterjemahkan ke bahasa Indonesia oleh Atta Verin berjudul Namaku Merah Kirmizi dan diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Erdag M. Goknar berjudul My Name is Red.
ornate languagebahasa hiasKesusasteraanPuisiPenggunaan bahasa dengan tujuan menonjolkan unsur dan nilai estetiknya. Bahasa kiasan ataupun bahasa metafora merupakan bahasa hias. Namun penggunaan bahasa dengan tujuan hias dalam sesebuah puisi itu seimbang dengan pemikiran yang hendak diungkapkan.
emotive languagebahasa emotifKesusasteraanTiadaBahasa yang mengandungi unsur-unsur imageri, simbolik makna tersirat dan lain-lain. Bahasa emotif bertujuan untuk menimbulkan kesan atau tindak balas emosi kepada pembaca. Selain menyampaikan sesuatu idea, bahasa emotif juga memperlihatkan seni keindahan dan kehalusan bahasa. Bahasa emotif yang baik mampu menjadikan pembaca berasa terharu, sedih, gembira, takut, resah, bersemangat, dan sebagainya. Umumnya, bahasa emotif menjadi gaya bahasa utama dan penulisan kreatif (puisi, novel) berbanding dengan penulisan yang bersifat denotatif.
colloquialismbahasa basahan/ bahasa percakapanKesusasteraanTiadaPenggunaan perkataan atau frasa yang tidak formal dalam karya. Digunakan dalam keadaan tertentu misalnya lokasi atau zaman.
poetic dictiondiksi puitisKesusasteraanTiadaPemilihan dan penggunaan bahasa dalam puisi. Pada kurun ke-18, istilah diksi puitis ini ditampilkan untuk membezakan bahasa puisi dengan bentuk bahasa yang lain. Pada masa itu, bahasa puisi dianggap sebagai bahasa khusus yang mengandungi beberapa ciri arkaik dan bersifat berbunga-bunga. Kini, masih wujud perdebatan tentang kedudukan diksi puitis ini, sama ada diksi ini berkaitan dengan bahasa yang khusus atau bahasa seharian.
representationrepresentasiKesusasteraanTiadaProses membina dan menyampaikan makna melalui bahasa. Bahasa tidak bersifat lut sinar dan neutral kerana bahasa membawa ideologi dan menyiratkan nilai budaya penulis. Oleh itu, bahawa diwarnai oleh faktor seperti kelas, ras, dan gender. Representasi berubah mengikut faktor ini yang mempengaruhi penulis. Pemikiran tentang sifat bahasa ini juga mempengaruhi pengkritik sastera seperti Paul de Man, J. Hillis Miller yang mengemukakan tafsiran mereka. Proses ini juga merujuk kepada seni visual dan seni persembahan drama atau teater. Dalam kedua-dua bidang seni ini, media ekspresi seperti gerakan, bunyian, dan lakaran dipengaruhi oleh faktor-faktor di atas.
hypertext markup language (HTML)bahasa penanda hiperteks (HTML)Teknologi Maklumate-PembelajaranBahasa penandaan yang selalu digunakan untuk membuat laman web. Bahasa ini menyediakan kaedah untuk menghuraikan struktur maklumat berasaskan teks dalam dokumen. Bahasa ini mempunyai sambungan fail <.html> atau <.htm>. Contoh editor bahasa ini ialah Note, MS Words atau MS Power Point.
colloquialismbahasa basahanKesusasteraanTiadaBahasa yang digunakan dalam perbualan dan percakapan harian, atau dalam tulisan yang tidak formal. Dalam sastera khususnya drama, bahasa basahan biasanya digunakan dalam dialog antara watak dengan watak untuk membangkitkan kesan realistik. Bahasa basahan dianggap tidak sesuai bagi tulisan esei yang bersifat formal.
intrinsic elementunsur dalamanKesusasteraanPuisiUnsur-unsur dasar atau asas yang membentuk sesebuah puisi. Umpamanya, kata (diksi), imejan, rima, ritma, bahasa majas (bahasa figuratif) dan sebagainya. Sinonim unsur intrinsik.
formulaicformulaikKesusasteraanTiadaBentuk bahasa yang menggunakan formula. Bentuk bahasa ini dicirikan oleh pengulangan frasa kodi untuk menggambarkan sifat, situasi, episod, dan babak yang sama dalam sesuatu cerita. Bentuk bahasa ini mencirikan sastera yang dicipta secara lisan atau dipengaruhi oleh gaya penciptaan lisan. Formulaik juga dikenali sebagai �ungkapan tetap�.
12345678910...

Kembali ke atas