conventional tillage | pemugaran konvensional | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah penyediaan tanah sebelum proses menanam yang telah lama diamalkan semenjak jentera pemugaran dicipta. Kaedah ini melibatkan tiga jenis peralatan, iaitu bajak sepak dan baja piring; bajak sikat dan bajak putar. Langkah pertama ialah pembajakan tanah untuk menghapuskan tumbuhan yang sedia ada di kawasan tersebut. Tanah dibajak dan diterbalikkan supaya semua tumbuhan akan terbenam ke bahagian bawah. Jenis bajak yang boleh digunakan dalam langkah ini penggunaan bajak sepak dan bajak piring. Langkah kedua ialah menggunakan bajak sikat yang berfungsi memecah ketulan tanah supaya butiran tanah menjadi kecil. Langkah ini diulang beberapa kali sehingga butiran tanah dikecilkan ke tahap yang diingini. Akhirnya, tanah boleh digemburkan dengan menggunakan bajak putar supaya butiran tanah menjadi halus. |
whirlwing plough | bajak puting beliung/bajak puyuh | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
reduced tillage | pembajakan berkurang | Pertanian | Agronomi | Teknik penyediaan tanah yang merendahkan pembajakan bagi mengelakkan hakisan tanah. Dalam pembajakan konvensional, tanah biasanya dibajak dengan menggunakan bajak piring diikuti dengan bajak sikat dan diakhiri dengan bajak putar. Dalam kaedah pembajakan berkurang, hanya satu daripada alat ini digunakan, dan pembajakan mungkin hanya dilakukan di barisan tanaman. |
conventional tillage | bajakan konvensional | Pertanian | Agronomi | Kaedah penyediaan tanah sebelum menanam yang menggunakan peralatan secara bersiri. Kaedah ini dimulai dengan menggunakan bajak piring atau bajak sepak untuk membalikkan tanah supaya tumbuhan yang sedia ada dihapuskan. Proses ini disusuli dengan menggunakan penyikat tanah untuk memecahkan ketulan tanah. Akhirnya, bajak putar digunakan untuk menghaluskan butiran tanah. Tujuan penyediaan tanah seperti ini adalah untuk membasmi rumpai dan memudahkan penanaman biji benih. Terdapat juga pendapat yang menyatakan kaedah bajakan konvensional akan memusnahkan struktur tanah dalam jangka panjang serta menggalakkan hakisan tanah. |
side-wall coring | penerasan sisi dinding | Kejuruteraan | Petroleum | Proses pengambilan sampel formasi dari sisi dinding lubang telaga. Dinding formasi ditembak dengan bajak peluru. Sebaik sahaja peluru itu memasuki formasi, sebahagian daripada formasi akan terbajak ke dalam bajak peluru tersebut. Bajak peluru ini kemudiannya boleh ditarik naik ke permukaan telaga dan sampel formasi boleh dikeluarkan. Beberapa sampel boleh diambil dalam satu operasi. |
post-emergence tillage | pembajakan pascacambah | Pertanian | Agronomi | 1. Aktiviti menggemburkan tanah dengan alat bajak setelah biji benih rumpai bercambah, untuk menghapuskan rumpai. Aktiviti ini dilakukan sebelum menanam tanaman. 2. Aktiviti menggemburkan tanah dengan alat bajak di antara barisan tanaman setelah biji benih tanaman bercambah, yang bertujuan untuk mengawal rumpai antara baris. Pembajakan yang dilakukan selepas penuaian hasil, untuk membersihkan sisa hasil tanaman, sebelum penanaman berikutnya. Selain itu, pembajakan pascatuai juga dapat meningkatkan kelembapan tanah. |
plough | bajak | Geografi | Tiada | Tiada |
subsoiler | bajak subtanah | Pertanian | Tiada | Tiada |
subsoiler | bajak subtanah | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
plough | bajak | Kejuruteraan | Tiada | yang dikerjakan dan menggorek muka itu sambil ia bergerak, dan meluahkannya.,2. Pengikis berbentuk V yang menekan sabuk balikan penyampai, sambil mengenyah arang batu dan sampah darinya.,3. Alur yang dipotong secara memanjang dengan ira pada sepotong kayu. |