composite breed | baka komposit | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Baka yang dihasilkan daripada dua atau lebih baka terpilih. Baka komposit dihasilkan bertujuan untuk memelihara dan mengekalkan heterosis pada generasi akan datang tanpa melakukan pengacukan seterusnya. Contohnya, baka komposit lembu ialah brangus. |
breeder | pembiak baka | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Haiwan mempunyai ciri yang dikehendaki untuk digunakan sebagai baka induk. Pembiak baka lazimnya terdiri daripada jenis baka tulen. Pembiakan haiwan pembiak baka bertujuan untuk menghasilkan haiwan yang berkualiti. |
breeder stock | stok pembiak baka | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Sekumpulan ternakan haiwan jantan dan betina yang digunakan untuk suatu program pembiakbakaan. Stok pembiak baka mestilah mempunyai ciri yang terbaik untuk sesuatu baka agar generasi baka seterusnya dapat dikekalkan. Pemilihan stok pembiak baka tidak terhad pada ciri seperti kesusukan badan dan tahap prestasi haiwan dalam penghasilan susu, telur dan bulu. Sebaliknya ciri yang perlu diberikan perhatian adalah dari segi kesihatan, ketahanan fizikal dan kualiti produk yang dihasilkan. |
breed cross | kacukan baka | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses kacukan dua baka haiwan ternakan yang berbeza. Kacukan baka bertujuan untuk mendapatkan hasil yang mempamerkan ciri hebat (kadar tumbesaran yang baik dan pengeluaran susu yang banyak) daripada baka induk. |
crossbreeding | pengacukan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kaedah pembiakan untuk menghasilkan anak atau keturunan dengan mengawankan dua spesies atau baka yang berbeza. Pengacukan ini bertujuan untuk menghasilkan satu baka baharu dengan ciri terbaik yang diwarisi daripada baka induk. |
breed | baka | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Sekumpulan haiwan ternakan yang mempunyai perlakuan, fenotip dan keturunan homogenus. Baka sesuatu kumpulan dalam spesies yang sama dapat dibezakan. |
half-bred | baka setengah kacukan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Haiwan kacukan yang dihasilkan daripada pengawanan antara salah satu induknya yang merupakan baka tulen. |
breed evaluation criteria | kriteria penilaian baka | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Ciri terpenting pada haiwan ternakan yang dipilih oleh pengeluar untuk pembiakan. Kriteria penilaian baka harus khusus bagi sesuatu ciri, boleh diukur dan tercapai. Kriteria ini lazimnya bergantung rapat dengan keuntungan yang akan dihasilkan oleh setiap trait yang dipilih. |
bull selection | pemilihan lembu jantan dewasa | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses pemilihan haiwan bagi dijadikan baka induk untuk pembiakan. Pemilihan lembu jantan dewasa ini berdasarkan baka dan keturunan serta bentuk badan atau konformasi. |
beef pedigree | pedigri lembu pedaging | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Lembu pedaging yang mempunyai rekod sejarah keturunan atau salasilah yang disahkan oleh sesuatu badan pembiakbakaan. Lembu ini mempunyai nilai yang tinggi kerana mempunyai ciri tertentu yang diingini seperti terdapat pada baka asal. Bagi meningkatkan baka dan kualiti, lembu ini dipelihara di ladang yang khas. |