Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.kar] | باکر

Definisi : ; bahan ~ barang-barang yg akan dinyalakan (spt minyak tanah dsb); ikan ~ ikan panggang; kayu ~ kayu api; ~ tak berapi prb menaruh cinta tidak dgn sebenarnya; ~ tak berbau prb maksud jahat yg tersembunyi;membakar 1. menyalakan (memasang, menghanguskan) sesuatu dgn api: ~ kayu; ~ sampah; 2. memanaskan sesuatu (spt ikan, daging, pisang, dsb) di atas api supaya masak, memanggang: ~ pisang; 3. memasak sesuatu (spt kuih, ikan, daging, dll) dgn jalan memanaskannya dlm ketuhar: ~ kuih; ~ kapur; 4. ki membuatkan seseorang marah atau meradang: “Kalau engkau menjadi pemimpin, aku mesti kebuluran,” ia ~ hati isterinya; 5. ki menyemarakkan sesuatu perasaan (spt semangat, cinta, dsb): gadis itu menjeling dan melemparkan senyuman yg ~ jiwa orang muda itu; ~ semangat; 6. menyebabkan terasa sangat panas seolah-olah terbakar: panas yg kian terik dan ~ kulit kepala; dibakar tiada hangus prb tidak dapat dipengapakan (kerana degil, berkuasa, dll);membakarkan membakar sesuatu utk: ia ~ anaknya ikan asin;terbakar 1. sedang atau sudah bernyala (kerana dibakar dll), habis dibakar; 2. ki menghangat, marah: emak ~, lalu dilemparkannya kayu kpd saya; ~ kampung kelihatan asap, ~ hati siapa tahu prb kesusahan seseorang jarang dipedulikan orang lain, kerana tidak kelihatan olehnya;kebakaran 1. kejadian sesuatu (rumah dll) yg sedang terbakar: ~ besar yg dahsyat telah berlaku pagi ini; 2. terbakar; ~ janggut Id bp bingung tidak keruan;pembakaran 1. perihal (perbuatan dsb) membakar: ~ mayat; 2. ark tempat membakar: ~ kapur;pembakar 1. orang yg kerjanya membakar sesuatu: ~ meriam; 2. yg membakar; bom ~ Id bom yg membakar; zat ~ Id oksigen; 3. (alat) yg digunakan utk membakar sesuatu: acuan ~ kuih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kar] | باکر

Definisi : ; bahan ~ sesuatu yg dibubuh ke dlm api (spt kayu, arang batu, minyak) utk membakar. pisang ~ pisang yg dimasak dgn cara membubuhnya ke dlm bara api; roti ~ roti yg dipanggang di api. membakar 1 memasang api pd sesuatu supaya hangus atau menyala; menyalakan sesuatu dgn api: Petang semalam, saya menolong ibu saya ~ sampah sarap di belakang rumah. 2 memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak: Kerana hujan, kami terpaksa ~ lemang di bawah rumah. 3 ki membangkitkan (perasaan marah, semangat dsb): mengorbankan: ~ hati; ~ semangat. terbakar sedang atau sudah dimakan api; habis dimakan api: Empat buah kedai telah ~ akibat api rokok. bakaran benda-benda yg dibakar, benda-benda yg terbakar: Asap dr ~ sampah itu berkepul-kepul naik ke langit. kebakaran bencana yg disebabkan oleh api; kerosakan oleh api: Satu ~ besar telah berlaku di kawasan yg padat penduduknya di bandar itu. pembakaran cara atau perbuatan membakar: ~ mayat dilakukan oleh orang-orang yg beragama Hindu. pembakar 1 orang yg membakar: Orang pekak dijadikan ~ meriam. 2 sesuatu yg digunakan utk membakar: Usah ditarik sumbu ~ mercun itu! (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakar

Puisi
 

Sapu tangan cindang berambu,
     Bakar akan cermin cinanya;
Jika sudah untung bertemu,
     Kita mendapat ia empunya.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bakar tak berbau.

Bermaksud :

Tidak disangka sedikit jua; maksud jahat yang tersembunyi; tidak percaya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arsonbakar jahatKriminologiKeadilan JenayahTindakan membakar sesuatu premis (seperti rumah dan bangunan), struktur atau kenderaan dengan sengaja. Tindakan ini boleh melibatkan tujuan jenayah yang lain seperti penipuan, pelupusan bahan bukti, balas dendam dan sebagainya.
burn throughbakar tembusTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKesan kimpalan yang terhasil apabila suhu kimpalan terlalu tinggi dan menyebabkan logam kimpalan menembusi zon kimpalan. Imej yang terhasil kelihatan seperti bintik hitam yang dikelilingi oleh kawasan hitam keputihan di sekitarnya. Keadaan ini disebabkan oleh haba input yang berlebihan semasa kerja kimpalan dilaksanakan.
reduction firingbakar kurangKesenianTiadaProses membakar tembikar di dalam tanur dengan mengehadkan kemasukan oksigen untuk menghasilkan kesan khusus.
tilesjubinKesenianHiasan DalamanKepingan tanah liat bakar yang biasanya berbentuk segi empat untuk menutupi lantai, dinding, dan sebagainya.
allusionalusiKesusasteraanPuisiRagam atau jenis bahasa perbandingan yang merujuk secara tidak langsung kepada sesuatu peristiwa, tokoh atau karya sastera yang terkenal. Contohnya, baris 'Kejujuran Abu Bakar' iaitu petikan daripada puisi "Dua Pesanan untuk Anak" dalam antologi Bunga Gerimis karya Moechtar Awang. Dalam contoh ini terlihat perbandingan kejujuran seperti pada watak Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.
green fuelbahan api hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauBahan bakar yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Bahan api hijau dipercayai lebih mesra alam berbanding dengan bahan api fosil yang digunakan secara meluas.
fuel blendingadunan bahan apiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauCampuran bahan bakar daripada pelbagai sumber untuk meningkatkan kecekapan pembakaran, menjimatkan kos dan memudahkan pengendalian.
pills testujian gumpalKesenianHiasan DalamanKaedah ujian untuk mengukur daya tahan karpet terhadap bahan bakar. Daya tahan karpet diukur dengan melihat saiz karpet yang terbakar menggunakan metenamina di permukaan karpet. Ujian ini juga digunakan di belakang karpet. Ujian gumpal tertakluk kepada piawaian antarabangsa.
sulphur-free solid fuelbahan api pepejal bebas sulfurTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauBahan bakar berbentuk pepejal yang boleh menghasilkan tenaga tanpa pembebasan sulfur apabila berlaku pengoksidaan terma. Contohnya, arang batu yang telah dinyahsulfur.
carburationpengkaburatanKejuruteraan AutomotifEnjinProses menukarkan bahan api cecair, iaitu petrol kepada wap dan mencampurkannya dengan udara untuk membentuk campuran boleh bakar. Proses pengkaburatan ini berlaku dalam karburetor.
12

Kembali ke atas