log rules | jadual balak | Perhutanan | Tiada | Jadual yang menunjukkan jumlah isi padu yang diperolehi melalui anggaran atau kiraan kayu gergaji yang boleh dihasilkan daripada kayu balak yang mempunyai ukuran panjang dan garis pusat tertentu. Jadual ini biasanya dibahagikan kepada empat kumpulan, sama ada berdasarkan jadual gambar rajah, jadual rumusan, jadual keluaran sebenar, atau gabungan jadual-jadual di atas. |
continuous fixed support (beam) | (balak) terikat sepanjang | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
stand | dirian | Perhutanan | Tiada | Jumlah kayu balak yang terdapat di dalam suatu kawasan hutan dalam biasanya dinyatakan dalam isi padu per unit keluasan. Jumlah ini biasanya dijadikan panduan dalam operasi perancangan seperti membalak dan menentukan jumlah tebangan tahunan. |
defect | cacat | Perhutanan | Tiada | Keganjilan dan/atau kekurangan pada pokok, balak, kayu gergaji atau hasil kayu lain yang boleh mengurangkan isi padu kayu yang boleh digunakan dan menjadikan kurang tahan, kurang kuat dan kurang bermutu. Cacat boleh terjadi secara semula jadi akibat agen perosak, atau semasa pengeringan dan pemprosesan. |
cruise | jajap | Kejuruteraan | Tiada | Jajap: Memeriksa tanah hutan untuk menentukan kedudukan balak dan menganggar kuantitinya berdasarkan ciri-ciri tertentu seperti spesies, saiz dan sebagainya. |
Hoppus foot | kaki Hoppus | Perhutanan | Tiada | Unit sukatan isi padu bagi balak yang ditaksirkan dengan formula, (( lilit/4 )2 in x (panjang) ka ) / 144. Isi padu sebenar boleh didapati dengan menggantikan angka 144 dalam formula di atas dengan angka 133. |
volume table | sifir isi padu | Perhutanan | Tiada | Jadual yang menerangkan anggaran kandungan isi padu pokok kayu balak atau kayu gergaji bagi satu ukuran yang diberikan atau lebih. Ukuran yang terdapat dalam kebanyakan sifir isi padu pokok ialah garis pusat atau lilit aras dada dan tinggi, dan beberapa sukatan tentang ketirusan batang kayu. |
groin | benteng hakisan | Sains Marin | Tiada | Struktur binaan kukuh seperti jeti yang panjang, sempit dan rendah yang dibuat daripada kayu balak, batu, konkrit atau keluli. Benteng dibina dari pantai dan menghala ke laut bagi mengelakkan hakisan pada pantai dengan cara memerangkap serta mengumpul pasir untuk menstabilkan pantai. Sekiranya dibina dengan banyak, struktur ini disebut dataran benteng hakisan yang berfungsi untuk menstabilkan kawasan pantai yang lebih luas. |
defect deduction | pembuangan cacat | Perhutanan | Tiada | Penolakan bahagian cacat daripada kiraan isi padu kasar kayu bagi mendapatkan isi padu kayu baik yang sebenar semasa penyukatan balak. |
cubic ton | tan padu | Perhutanan | Tiada | Unit sukatan isi padu yang digunakan di Malaysia, yang bersamaan dengan 50 kaki pada kayu gergaji atau 50 kaki Hoppus kayu balak bulat. Untuk tujuan penggunaan dan pengangkutan, angka piawainya berbeza-beza bergantung pada persetujuan perbadanan setempat. |