catalyst | pemangkin | Fizik | Nanoteknologi | Bahan yang dapat meningkatkan kadar tindak balas kimia, namun bahan ini tidak digunakan dalam tindak balas tersebut. Pemangkin meningkatkan kadar tindak balas kimia dengan mengurangkan tenaga pengaktifan tindak balas. Kadar tindak balas berlaku dengan cepat apabila permukaan tindak balas kimia diperluas, terutama pemangkin berstruktur nano. Contoh pemangkin semula jadi ialah enzim. |
recursive feedback | maklum balas rekursif | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Reaksi atau maklum balas yang diberikan secara berulang oleh guru, rakan, atau perisian terhadap sesuatu tugasan, pentaksiran, aktiviti pembelajaran, atau maklum balas terhadap maklum balas sebelumnya. |
counter revolution | revolusi balas | Sains Politik | Politik Perbandingan | Revolusi yang digerakkan sebagai tindak balas terhadap revolusi yang merombak sistem, aturan sosial dan pemikiran sesebuah masyarakat. Revolusi balas ini muncul disebabkan wujudnya pemikiran yang tidak bersetuju dengan gerakan revolusi yang telah tercetus sebelum ini. Revolusi balas tidak bermakna satu gerakan yang ingin mengembalikan sistem sosial sebagaimana yang wujud sebelum itu tetapi kebiasaannya merujuk kepada keinginan untuk memperbaiki beberapa aspek dalam revolusi yang dilihat tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat. Misalnya kemunculan pemikiran Positivisme yang dipelopori oleh Henry St. Simon dan Auguste Comte pada abad ke-18 merupakan satu bentuk revolusi balas dari sudut pemikiran yang menentang aspek kebebasan mutlak yang dianjurkan oleh Revolusi Perancis ketika itu. Namun idea ini tidak bermakna mahu mengembalikan pemikiran masyarakat Perancis seperti zaman feudal sebelum revolusi tercetus. |
cross-reacting antigen | antigen tindak balas silang | Sains Forensik | Tiada | Antigen yang boleh bertindak balas dengan antibodi yang penghasilannya diaruh oleh antigen lain. Dalam ujian toksikologi forensik dengan imunoasai, pseudoefedrina boleh bertindak balas terhadap antibodi yang dirangsangkan oleh metamfetamina dan tindak balas silang seperti ini boleh membawa kepada positif palsu. |
anodic reaction | tindak balas anod | Kimia | Kimia Analisis | Tindak balas dalam mekanisme kakisan elektrokimia. Dalam tindak balas ini logam di anod akan larut di dalam elektrolit dan membentuk ion yang bercas positif. |
bandwidth feedback | maklum balas lingkungan | Sains Sukan | Biomekanik | Penyampaian maklum balas prestasi lakuan berdasarkan lingkungan kriteria prestasi yang telah ditetapkan. Contohnya, dalam sukan memanah, lingkungan kriteria prestasi yang ditetapkan adalah antara skor 30 hingga 40. Maklum balas akan diberikan kepada pemanah jika prestasi berada dalam lingkungan skor tersebut, tetapi sebaliknya jika prestasi pemanah tersasar daripada lingkungan ini, maklum balas tidak akan diberikan kepada pemanah tersebut. |
self-limiting chain reaction | tindak balas rantai had diri | Kejuruteraan | Tiada | Tindak balas rantai yang penyederhananya secara automatik mengehadkan tindak balas tersebut dalam julat yang ditentukan. |
Kharasch addition reaction | tindak balas campuran Kharasch | Fizik | Nanoteknologi | Proses tindak balas kimia yang melibatkan pencampuran tetraklorometana dengan pelopor polimer metil metakrilat. Tindak balas ini dibantu oleh bahan pemangkin dendrimer yang terdiri daripada sebatian aromatik yang mengandungi nikel (Ni). |
double decomposition | penguraian ganda dua | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Tindak balas penguraian antara dua sebatian yang berlaku dalam larutan. Setiap sebatian saling bertukar tempat untuk membentuk dua sebatian baharu melalui proses pertukaran ion/radikal. Tindak balas ini terdiri daripada dua jenis iaitu tindak balas pemendakan dan tindak balas neutralisasi. Pepejal akan terbentuk hasil daripada tindak balas pemendakan. |
reaction mass efficiency | kecekapan jisim tindak balas | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kaedah pengukuran kecekapan apabila jisim reaktan yang bertindak balas bertukar kepada produk yang ditentukan. Kecekapan jisim tindak balas biasanya dinyatakan dalam bentuk peratusan dan merupakan metrik pengukuran tahap kehijauan sesuatu proses atau sintesis. |