countermeasure | langkah balas | Sejarah | Tiada | Satu perkiraan, cara atau langkah yang diambil untuk membalas pihak lawan. |
counter fighter | petinju balas | Sukan | Tiada | Petinju yang menunggu tumbukan lawan dan kemudian membalas tumbukan tersebut dengan pantas. |
policy of massive retaliation | dasar membalas besar-besaran | Sejarah | Tiada | Dasar yang menentukan pergerakan tindak balas ke atas pihak musuh yang dilakukan secara besar-besaran yang melibatkan rakyat dalam sesebuah negara, biasanya dasar kerajaan ke atas musuhnya. |
reflex action | aksi refleks | Kesenian | Drama dan Teater | Bahagian plot dalam drama atau teater yang menunjukkan aksi tindak balas sesuatu watak dalam lakonan. Contohnya, reaksi sesuatu watak yang membalas tumbukan apabila ditumbuk oleh watak lain. |
retorsion | pembalasan setimpal | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Tindakan negara untuk membalas semula perkara yang pernah dilakukan secara seimbang seperti yang telah dilakukan oleh pihak lain terhadapnya. Contohnya, jika sesebuah negara mengambil tindakan diplomatik dengan menarik keluar para diplomatnya, negara yang berasa kehormatannya terjejas boleh mengambil tindakan yang serupa sebagai tindak balas. Tindakan ini tidak bercanggah dengan prinsip antarabangsa. |