Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.lau] | بالاو

Definisi : sj tumbuhan (pokok), gambir-gambir, kenar, keranji, me(r)limau, pasak perahu, pokok rongga, Aglaia ordoratissima. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lau] | بالاو

Definisi : ® embalau I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lau] | بالاو

Definisi : ® kacau-balau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lau] | بالاو

Definisi : beberapa jenis pohon yg keras kayunya. ~ betul Shorea materialis. ~ bukit Shorea collina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balau


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
balaubalauPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu berat Shorea spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama lain di Sabah dan Sarawak ialah selangan batu. Spesies utama balau ialah Shorea atrinervosa, S. fox worthyi, S. glauca, S. laevis, S. materialis, S. maxwelliana, S. submontana, dan S. sumatrana. Gubal kayu balau berwarna kuning atau coklat kelabu dan bertukar menjadi lebih gelap apabila terdedah. Tekstur kayunya yang halus dan sekata dengan ira yang berpintal. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 850 hingga 1155 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu jenis ini tahan dan kuat, dan sukar dikerjakan. Kayu balau sesuai untuk struktur binaan seperti kayu landasan keretapi, dan juga untuk perabot kegunaan lasak.
balau merahbalau merahPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Shorea spp. yang berwarna merah atau merah coklat daripada famili Dipterocarpaceae. Nama di semenanjung termasuk balau laut merah, damar laut merah, dan membatu, manakala Sabah dan Sarawak pula ialah selanggan batu merah. Spesies utama balau merah ialah Shorea collina, S. kunstleri, S. guiso dan S. ochrophlioa. Gubal kayu balau jenis ini berwarna merah jambu, ungu coklat atau kelabu coklat, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna merah coklat tua. Tekstur kayunya halus sehingga sederhana kasar dan sekata dengan ira yang amat bersimpul. Kayu balau merah mengering dengan pelahan, dan mengalami retak permukaan dengan kadar kecutan yang agak tinggi. Kayu jenis ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 800 hingga 880 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu balau merah agak sukar diproses tetapi mudah dikemas siap, dan digunakan untuk kerja binaan berat, seperti tiang, rasuk, rangka pintu dan tingkat, dan dalam pembuatan perabot kegu
DipterocarpaceaeDipterocarpaceaePerhutananSains Kayu dan Hasil HutanFamili tumbuhan yang menghasilkan kayu balak yang paling penting dan dominan di Malaysia dan Asia Tenggara. Tumbuhan dalam famili ini menghasilkan isipadu kayu yang paling banyak dan mempunyai nilai dagangan yang paling tinggi di Malaysia, dan hampir kesemua spesies dalam famili ini boleh didagangkan. Kayu ini boleh digolongkan dalam tiga kumpulan, berdasarkan ketumpatan dan ketahanan, iaitu kumpulan kayu ringan, kayu keras sederhana dan kayu keras berat. Contoh kayu keras ringan ialah alan, gerutu, melantai, meranti bakau, meranti merah muda, meranti merah tua, merawan, dan mersawa; contoh kayu sederhana ialah alan batu, kapur, dan keruing; dan contoh kayu keras berat ialah balau, balau merah, cengal, resak, giam, dan penyau.
ShoreaShoreaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanGenus kayu dagangan yang terpenting dari hutan-hutan di Malaysia. Genus daripada famili Dipterocarpaceae ini menghasilkan kayu yang mempunyai berbagai-bagai sifat dan kegunaan. Antara spesies utama termasuk alan, balau, meranti merah muda, meranti merah tua, melantai, meranti bakau, balau merah, dan meranti putih.
chiselpahatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanAlat kerja kayu yang terdiri daripada hulu dan bilah logam. Hulu pahat biasanya dibuat daripada kayu keras seperti cengal dan balau, sementara bilah logam, dibuat daripada keluli yang terdiri daripada mata dan puting. Hulu pahat biasanya mempunyai temin yang dibuat daripada loyang atau besi untuk menahan hulunya daripada pecah. Pahat boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan fungsinya, iaitu pahat umum, pahat peraut, dan pahat pelubang.
cengalcengalPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Neobalanocarpushemii daripada famili Dipterocarpaceae. Nama lain di semenanjung ialah penak, dan sering disalah anggap sebagai kayu daripada jenis lain, seperti balau, merawan, dan giam. Gubal kayu cengal berwarna kuning muda, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat yang lebih tua apabila terdedah. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 915 hingga 9805 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu cengal mudah diproses dan dikemas siap. Kayu cengal amat tahan dan tidak perlu diawet. Kayu ini maat sesuai untuk semua bentuk binaan berat, alas landasan kereta api, jambatan, dermaga, tiang eletrik, dan perabot kegunaan lasak.
formworkkayu kerja bentukPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBinaan kayu gergaji atau papan lapis sementara yang digunakan untuk membentuk konkrit di tempat pembinaan, bangunan, jambatan, dan sebagai. Bahan ini biasanya dipilih daripada spesies kayu yang kuat dan tahan, dan yang boleh digunakan berulang kali. misalnya kayu balau, kapur, dan papan lapis.
structural timberkayu strukturPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKayu yang digunakan sebagai rangka asas dan struktur penyangga beban yang lain. Ciri utama dalam pemilihan dan penggunaan sesuatu jenis kayu ialah sifat kekuatannya. Di Malaysia, kayu daripada kategori kayu keras berat dan kayu keras sederhana, seperti cengal, balau, belian, kempas, kapur, dan keruing yang boleh digunakan untuk tujuan ini. Sin: kayu binaan.
heavy hardwoodskayu keras beratPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSingkatan KKB. Kumpulan Kayu Keras Malaysia yang berat dan sangat berat, berdasarkan Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia 1984, yang mempunyai ketumpatan yang biasanya berjulat antara 800 hingga 1200 kg/m3 pada kandungan lembapan 15 peratus. Kumpulan kayu ini mempunyai ketahanan semula jadi yang tinggi kerana teras kayunya mengandungi sebatian kimia dan ekstraktif, yang boleh mengusir agen perosak seperti kulat pereput dan anai-anai. Kayu ini boleh digunakan tanpa diawet. Terdapat sepuluh spesies dagangan yang utama seperti cengal, balau dan belian.

Kembali ke atas