Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp kerap melakukan perkara yg sama: ~ dia lakukan lagi perbuatan terkutuk itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balik-balik

Puisi
 

Petang hari tanam keladi,
     Daun keladi balik-balik;
Hamba pergi bawa diri,
     Tinggallah duduk berbaik-baik.


Lihat selanjutnya...(126)
Peribahasa

Menyuruk (menyorok) di balik lumbung.

Bermaksud :

Menyembunyikan sesuatu yang mudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengendap di balik lalang sehelai, b. Menyuruk (menyorok) di balik lalang sehelai).

 

Lihat selanjutnya...(31)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
herbal product recalltarik balik produk herbaHerbaTiadaProses menarik balik produk herba yang mempunyai masalah kualiti yang mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan pengguna. Prosedur tarik balik perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Contohnya, penarikan produk herba yang telah dicemari dengan dadah berjadual.
cosmetic product recallpanggil balik produk kosmetikHerbaPeraturan dan PemasaranProses menarik balik produk kosmetik yang mempunyai kecacatan kualiti produk yang kritikal atau kesan mudarat yang dilaporkan. Prosedur tarik balik perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Contohnya, penarikan produk kosmetik yang telah dicemari racun berjadual.
degree of cosmetic product recalldarjah panggil balik produk kosmetikHerbaPeraturan dan PemasaranTahap pemanggilan balik produk yang diklasifikasikan mengikut keseriusan kecacatan kualiti dan/atau kejadian mudarat sesuatu produk. Menurut Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia, tahap I merujuk kepada produk yang mempunyai risiko kesihatan utama yang mungkin menyebabkan kecederaan serius atau kematian dan perlu ditarik balik dalam tempoh 24 jam. Tahap II merujuk kepada produk yang mempunyai risiko kesihatan yang kecil atau substandard, dan perlu ditarik balik dalam tempoh 72 jam. Tahap III merujuk kepada produk disebabkan masalah lain dan perlu ditarik balik dalam tempoh 30 hari atau seperti yang diarahkan.
back crosskacukan balikPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses mengacukkan semula haiwan kacukan (hibrid) dengan salah satu induk asalnya atau dengan haiwan yang mempunyai persamaan genetik dengan induknya. Kacukan balik ini bertujuan untuk mendapatkan anak yang mempunyai identiti genetik yang serupa dengan induknya. Contoh kacukan balik pada haiwan adalah seperti pengekalan warna hitam dan putih pada lembu baka Friesian.
refund annuityanuiti bayar balikinsuransTiadaAnuiti yang memperuntukkan bayaran balik secara tunai atau ansuran kepada waris sekiranya anuitian meninggal dunia sebelum memperolehi faedah yang bersamaan dengan jumlah bayaran yang telah dibuat untuk membeli polisi.
product recallpenarikan balik produkHerbaPeraturan dan PemasaranProses mengambil semula produk berdaftar atau bernotifikasi yang berada di pasaran. Produk ini telah disahkan tidak menepati spesifikasi kualiti dan keselamatan dan berisiko kepada kesihatan pengguna. Penarikan balik produk diarahkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kepada pemegang pendaftaran atau pemegang notifikasi. Penarikan balik produk juga boleh dilakukan secara sukarela oleh pemegang pendaftaran atau pemegang notifikasi.
backscatterserak balikTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKesan sinaran yang terserak daripada objek yang berada di sebelah belakang filem radiografi. Kod dan piawai dalam industri memerlukan huruf plumbum ‘B’ diletakkan di belakang kaset untuk mengesan serak balik ini. Sekiranya huruf ‘B’ itu menjadi imej pada filem, ini menunjukkan terdapat kesan serak balik yang sampai ke filem tersebut.
product recall insuranceinsurans panggil balik keluaraninsuransTiadaInsurans yang membayar ganti rugi kepada insured ke atas kos panggil balik keluaran diketahui atau disyaki tidak sempurna.
compulsory acquisition of landpengambilan balik tanah secara paksaPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPengambilan tanah oleh kerajaan daripada tuan punya tanah untuk apa jua maksud dengan dibayar pampasan menurut kuasa undang-undang pengambilan balik tanah.
leasebackpajakan balikAuditTiadaTransaksi hartanah yang berlaku apabila seseorang menjual aset dan memajak semula aset tersebut daripada pembeli untuk jangka masa panjang.
12345678

Kembali ke atas