city precinct | lingkungan bandar raya | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kawasan sekitar bandar raya yang ditentukan sempadannya. |
block limit | had blok | insurans | Tiada | Amaun insurans maksimum yang syarikat insurans akan mengunderait bagi sebarang blok bandar raya, ini akan mengurangkan risiko kerugian yang besar jika kebakaran memusnahkan keseluruhan blok. |
primate city | bandar raya primat | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Bandar utama bagi sesebuah negara yang mempunyai saiz penduduk beberapa kali ganda lebih ramai daripada bandar kedua terbesar. |
urban environment | persekitaran bandar | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Keadaan alam sekitar di seluruh bandar atau bandar raya. |
hyperbole | hiperbola | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa puisi yang pemilihan perkataannya membawakan pernyataan yang berlebih-lebihan. Penggunaan gaya ini bertujuan untuk menekankan sesuatu pandangan, perasaan dan pemikiran. Contohnya, petikan dari puisi "Erang (2)" dalam antologi Bunga Gerimis karya Azmi Yusoff. mengais impian hanyir segenap ceruk kota menyudu igauan hancing di setiap pelosok bandar raya |
traffic diversion | lencongan trafik | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Lencongan yang disediakan untuk memberi laluan kepada pengguna jalan raya semasa pembinaan jalan raya sedang dilaksanakan. |
boulevard | lebuh hias | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Jalan raya utama yang merentasi bandar dan biasanya terdapat lorong pejalan kaki dan dihiasi pokok. |
traffic concentration | kepadatan trafik | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Jumlah kenderaan di atas jalan raya per unit jarak jalan raya. |
parkway | lebuh taman | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Lebuh raya yang mempunyai pemandangan yang indah, bilangan simpang yang terhad dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan perdagangan. |
trumpet interchange | persilangan trompet | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Persilangan bertingkat di lebuh raya yang berbentuk seperti trompet. |