comparative negligence | kecuaian bandingan | insurans | Tiada | Kecuaian kedua-dua pihak di dalam sesuatu kemalangan ditentukan mengikut peringkat sumbangan mereka yang menyebabkan kemalangan itu. |
comparative advantage | kelebihan bandingan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kaedah yang membolehkan sesebuah negara mengeluarkan sesuatu produk dengan kos yang lebih rendah berbanding dengan negara lain. Ini disebabkan antaranya oleh kedudukan geografi, kestabilan politik, dan buruh. |
hydrometer | hydrometer | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat untuk menguji ketumpatan bandingan elektrolit untuk mengetahui sama ada bateri dalam keadaan bercas atau tidak. |
implicit metaphor | metafora implisit | Kesusasteraan | Puisi | Pengucapan yang mengandungi unsur-unsur bandingan yang memang tersirat sifatnya. Penggunaan metafora tersirat ini bertujuan untuk menggantikan sesuatu kata atau ungkapan yang lain bagi mencitrakan kesamaan maknanya. Sinonim metafora tersirat. |
figurative language | bahasa kiasan | Kesusasteraan | Puisi | Bahasa yang digunakan oleh penyair untuk mengemukakan sesuatu perasaan dan pemikiran secara bandingan atau secara tidak langsung. Contohnya, 'ombak kehidupan' untuk menggambarkan kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran. |
simile | simile | Kesusasteraan | Tiada | Bahasa kiasan yang membandingkan ciri utama sesuatu objek dengan ciri utama objek lain. Biasanya simile menggunakan kata bandingan seperti, bagai, macam atau umpama. Contohnya, putih seperti kapas. Simile berasal daripada perkataan Latin similis yang bermaksud �seperti�. |
kiasan | kiasan | Kesusasteraan | Tiada | Ungkapan yang digunakan untuk mengatai dan mengejek seseorang tidak dengan berterus terang. Kiasan juga digunakan untuk menerangkan sesuatu perkara secara bandingan, sama ada dengan menyebut bandingannya atau sebaliknya. Kiasan mempunyai perkataan sebanding dengan kinayah dalam bahasa Arab, dan kinayah merupakan salah satu aspek ilmu al-bayan (retorika). Namun, kisah berbeza dengan kinayah kerana kiasan mampu menjelaskan lagi maksud sesuatu perkara atau dapat memberikan makna dan kesan yang khusus kepada pengucapnya, sedangkan kinayah digunakan untuk tujuan bombastik atau penekanan untuk menggambarkan sifat mulia dan keberanian seseorang. Kiasan mempunyai persamaan dengan eufemisme dari sudut gambaran sifat sensitiviti, kesopanan dan rasa malu penuturnya untuk mengelakkannya daripada menyinggung perasaan orang lain. |
air-drying | pengeringan udara | Buluh | Tiada | Kaedah mengeringkan buluh secara alami, dengan mendedahkan buluh kepada udara sehingga kandungan lembapan buluh mencapai keseimbangan dengan lembapan bandingan atmosfera. |
archetypal criticism | kritikan arketaip | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang melibatkan analisis tipa induk dan mitos, jenis perwatakan, tema serta motif yang muncul berulang kali dalam kesusasteraan. Kritikan arketaip dipengaruhi kajian asal dalam bidang antropologi bandingan di Universiti Cambridge, terutamanya dalam karya J.G. Frazer berjudul The Golden Bough. Karya ini mengkaji bentuk mitos, ritual dan psikolgi C.G. Jung. Karya Northrop Frye berjudul Anatomy of Criticism membicarakan tipa induk yang muncul berulang kali dalam karya sastera sehingga pembaca mengenalinya sebagai elemen signifikan dalam pengalaman pembacaannya. Menurut Frye, tipa induk ini berulang dalam beberapa bentuk naratif di sepanjang sejarah kesusasteraan Barat. Sebagai contoh, situasi (motif menempuh alam kedewasaan), perwatakan (motif suami cemburu), perjalanan plot (jejaka bertemu gadis, gadis menolak pinangan jejaka, jejaka mendapat gadis), imej (motif bunga ros sebagai lambang percintaan) dan tema (kebebasan memilih dan suratan takdir). Kritikan ini dikenali juga sebagai kritikan tipa induk atau kritikan Jung. Lihat juga kritikan Jung, tipa induk. |
literary relations | hubungan sasterawi | Kesusasteraan | Tiada | Hubungan kesusasteraan antara dua negara yang melibatkan kegiatan terjemahan karya sastera, unsur pengaruh-mempengaruhi dalam sastera, atau antara dua orang pengarang dari negara yang berbeza. Hubungan sasterawi biasanya digunakan dalam kesusasteraan bandingan. Contohnya, hubungan sasterawi antara Arab-Parsi dengan Jerman seperti dalam karya West-Eastern Divan oleh pengarang tersohor zaman Geothe yang dipengaruhi oleh karya Goethe (Jerman). |