Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.duan] | بندوان

Definisi : orang yg ditahan dlm penjara (kerana melakukan jenayah atau sehingga dibicarakan di mahkamah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.duan] | بندوان

Definisi : orang yg ditahan dlm penjara; orang tahanan kerana bersalah di sisi undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banduan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bluesbluesKesusasteraanTiadaLagu bernada sayu yang mendendangkan penderitaan dan kekosongan hidup yang diiringi oleh muzik gita. Blues berasal daripada jeritan spontan hamba abdi dan banduan berkulit hitam di negeri Selatan Amerika, dan memperlihatkan penderitaan mereka. Tema blues menyentuh tentang penindasan dan penderitaan termasuklah kehilangan cinta. Imejnya pula berkisar di sekitar kereta api, penjara, rantai besi, cemeti dan beliung, malahan semua unsur ini adalah lumrah dalam penulisan lirik blues. Blues biasanya terdiri daripada susunan lirik berbari tiga yang diulang-ulang. Lagu seperti ini disebut blues hanya selepas diperkenalkan ke dalam Aliran utama muzik popular Amerika. Ramai penyair Afro-Amerika seperti Langston Hughes menggunakan bentuk blues sebagai asas puisi mereka.

Kembali ke atas