Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bang.ki.tan] | بڠکيتن

Definisi : 1. = bangkit-bangkitan soal lama yg dibongkar-bongkar; 2. Mn hasil tanaman; 3. ucapan-ucapan bomoh utk membangkit orang halus (dlm permainan puteri); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangkitan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
galvanic skin responserespons kulit galvanikPsikologiPsikologi UmumRespons dalam bentuk peningkatan pengaliran arus galvanik akibat peningkatan aktiviti kelenjar peluh yang berpunca daripada bangkitan emosi. Indeks sensitif daripada bangkitan sistem saraf autonomik ini digunakan untuk mengukur tahap emosi dalam kebanyakan kajian makmal. Respons ini juga merupakan salah satu penunjuk bangkitan autonomik yang diambil kira apabila seseorang itu menjalani ujian pembohongan. Contohnya, apabila seseorang individu berada dalam keadaan tertekan, sistem saraf simpatetik akan membangkitkan kegawatan dalam badan sehingga menimbulkan peningkatan aktiviti dalam kelenjar peluh dan menyebabkan bulu roma berdiri.
arousalbangkitan)PerubatanTiadaTiada
arousalbangkitan)PsikologiTiadaTiada
case reopenedkes bangkitanPendidikanTiadaTiada
grave and sudden provocationbangkitan marah besar dan mengejutUndang-undangTiadaTiada
sexual dysfunctiondisfungsi seksualPsikologiPsikologi UmumMasalah berkaitan dengan tingkah laku seksual yang boleh menimbulkan pelbagai kecelaruan psikologi. Menurut pakar psikologi, terdapat empat jenis masalah disfungsi seksual, iaitu kecelaruan nafsu, kecelaruan bangkitan, kecelaruan orgasma dan kecelaruan kesakitan seksual. Dalam kecelaruan nafsu, individu tidak menunjukkan minat yang tinggi terhadap seks. Mereka yang mengalami masalah bangkitan pula mungkin mempunyai nafsu tetapi sukar dirangsangkan. Kecelaruan orgasma dialami oleh individu yang mengalami ejakulasi yang terlalu cepat atau langsung tidak mengalami orgasma. Individu yang mengalami kecelaruan kesakitan seksual pula biasanya akan mengalami rasa sakit semasa bersenggama sehingga membuatkan mereka tidak selesa atau menyukarkan hubungan seksual.
relaxationpengenduranPsikologiPsikologi UmumTeknik pengurusan tekanan yang boleh meredakan gelora emosi dan mengurangkan bangkitan fisiologi akibat rangsangan yang mencetuskan tekanan. Latihan pengenduran boleh meningkatkan keberkesanan respons keimunan. Terdapat pelbagai teknik pengenduran, antaranya ialah teknik pernafasan dan pengenduran otot. Teknik ini boleh menurunkan tekanan darah, mengatur kadar pernafasan, mengurangi ketegangan otot dan sebagainya. Sinonim relaksasi.
sensation-seeking scale (SSS)skala pencarian sensasiPsikologiPsikologi UmumSkala pengukuran untuk menentukan tahap bangkitan yang dihajati oleh seseorang individu. Skala pengukuran ini mempunyai item yang berkait dengan kecederungan individu untuk melakukan aktiviti lasak yang boleh memberi keseronokan luar biasa seperti aktiviti payung terjun, selam skuba, meneroka tempat-tempat luar biasa, makanan eksotik dan pesta liar. Individu yang mempunyai skor tinggi dalam skala pencarian sensasi ini mempunyai trait personaliti yang sukakan aktiviti lasak.
James-Lange theoryteori James-LangePsikologiPsikologi UmumTeori emosi yang mengandaikan bahawa emosi yang dialami oleh individu merupakan persepsinya terhadap apa yang dirasainya akibat tindakan perubahan sistem saraf autonomik dan hormon yang dicetuskan oleh rangsangan tertentu. Menurut James dan Lange (1884), perasaan takut timbul akibat daripada bangkitan organ badan. Contohnya, apabila seseorang itu terserempak dengan anjing garang, dia akan melarikan diri dengan denyutan jantung yang kencang, nafas yang sesak dan paru-paru yang deras, lalu diikuti dengan rasa takut setelah menyedari reaksi badannya itu.
introversionintroversiPsikologiPsikologi UmumKecenderungan atau sikap individu yang mempunyai siaf-sifat tertentu seperti pemalu, memencilkan diri, tidak suka berpelesiran dan menyelesaikan masalah tanpa bantuan orang lain. Menurut Jung, manusia berada pada dua sifat yang ekstrem, iaitu introvert atau ekstrovert. Eyesenck kemudiannya mengembangkan lagi sikap ini dengan menjelaskan bahawa individu yang introversi berpunca daripada kepekaan individu tersebut terhadap rangsangan. Individu introvert dikatakan mempunyai tahap bangkitan yang terlalu tinggi sehingga sedikit acahan sahaja boleh membuatkan individu tersebut memberi respons dengan cepat. Oleh itu, individu ini perlu mengawal diri dengan bersifat introversi supaya tidak selalu diganggu dengan rangsangan yang tidak perlu.
12

Kembali ke atas